Gambar sekadar hiasan
Sudah setahun Si Tanggang belayar di lautan meninggalkan ibunya,Mak Jemah.Tiada kiriman sms,surat mahupun panggilan telefon daripada Tanggang.Mak Jemah sangat rindukan anaknya.Setiap hari dia berdoa agar Tanggang segera pulang untuk bertemu dengannya.
Alhamdulillah,doa ibu Tanggang dimakbulkan Allah.Pada suatu hari,kecoh satu kampung mengatakan mereka nampak Si Tanggang dipelabuhan sedang menjalankan urusniaga.Si Tanggang juga datang bersama isterinya yang sangat jelita.Menurut mereka,Tanggang telah berkahwin dengan anak seorang saudagar kaya di Malawi.Berita ini sampai ke pengetahuan Mak Jemah.Mak Jemah berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat berjumpa dengan anaknya kembali.Tanpa membuang masa,Mak Jemah terus meluru ke laut sambil membawa makanan kegemaran Tanggang yang di masaknya pagi tadi.Sesampai di kapal Tanggang,mak jemah pun menyahut nama anaknya.
Mak Jemah :Tanggang,anak mak..My hero! Come to mama!Come to mama!Mak bawak lempeng ni nak.Faveret kamu.
Semua nakhoda-nakhoda kapal,orang-orang kampung,termasuk isteri Tanggang tercengang melihat reaksi Mak Jemah.Tanggang berasa sangat malu kerana mak nya memakai baju compang-camping,persis orang yang ingin meminta sedekah.
Isteri : You,siapa orang tua tu?Mak you ke?
Tanggang : No la sayang.I mana ada mak seselekeh itu.
Mak Jemah :Tanggang,kau buat apa kat situ?Mari lah turun.Mak rindu sangat kat ko ni.
Tanggang : Hey perempun tua.Kau bukan mak aku.Pergi dari sini.Pengemis!Orang tua tak sedar diri.
Mak Jemah :Haa?Kau panggil aku orang tua?Aku ni mak kau Tanggang.Aku yang besarkan kau.Sampai hati kau lupakan mak kandung kau Tanggang?
Tanggang :Ahh sudahlah orang tua.Aku datang sini bukan nak jumpa kau.Aku ada urusan kerja.Pergi balik la kau orang tua!Orang tua selekeh tak layak jadi mak aku.
Mak Jemah :Ya Allah,inikah balasan untuk aku ya Allah?Kenapa Tanggang lupakan aku ya Allah?Jika dia tak mengaku aku ni mak dia,kau sumpahlah dia jadi batu!
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang.Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora.Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal.Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.
Akhirnya dia berteriak kepada ibunya supaya diampunkan kesalahannya.Namun,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat.Apabila ribut reda,Si Tanggang,isteri dan anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Setelah itu,Mak Jemah berlalu meninggalkan Tanggang.
Tiba-tiba,Mak Jemah merasakan terdapat satu aura dan kelebihan pada dirinya.Dia mampu mengubah orang lain menjadi batu.Untuk mendapatkan kepastian,dia mencuba lagi.
Mak Jemah: Oi,ketua kampung,dulu kau pernah malukan aku depan orang ramai.Aku sumpah kau jadi batu.
Tett,maka ketua kampung tak semena-mena menjadi batu.
Kemudian,dia terserempak dengan Bedah gagap.
Mak Jemah: Oi bedah gagap.Aku benci orang gagap macam kau ni.Jadilah kau batu.
Tutt,bedah gagap pun menjadi batu.Maka kuranglah seorang gagap dalam kampung tu.
Mak Jemah menjadi suka menyumpah-nyumpah orang menjadi batu.Setelah disumpah,dia tergelak-gelak bagai orang gila.
Mak Jemah: Oi,Pak Rodi,ko pun dah nak mati.Meh aku tolong ko mati cepat.Jadilah kau batu!
Tak pasal-pasal Pak Rodi yang tengah makan breakfast tu menjadi batu.
Mak Jemah: Oi,Markonah.Dulu kau selalu mengumpat aku kan.Nah,aku sumpah kau jadi batu!
Markonah yang tak sempat bertaubat itu pun turut menjadi batu.
Kemudian,Mak Jemah terasa ingin mencuri emas dikedai Ah Leong.Dia pun menyumpah Ah Leong menjadi batu.
Mak Jemah: Jadilah kau batu Ah Leong!
Tetttt,Ah Leong terus menjadi keras macam batu.Lantas Mak Jemah mencuri kesemua emas dikedai itu.Ramai orang kampung yang dibenci Mak Jemah telah menjadi batu.Maka bertambahlah seven wonders didunia ini.(Tak percaya tengok National Geographic)
Penduduk-penduduk kampung yang tinggal itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kes itu kepada pihak polis.Maka segerombolan pihak polis pun datang untuk menangkap Mak Jemah.Namun,belum pun mereka sempat menangkap Mak Jemah,kesemua mereka telah disumpah menjadi batu.
Orang-orang kampung menjadi bingung.Maka,mereka pun memanggil Wak Sakawi,bomoh paling handal dikampung itu.Namun,belum pun sempat Wak Sakawi berbuat apa-apa,dia juga telah disumpah menjadi batu.
Dan aku pun tak tahu siapa-siapa yang boleh memberhentikan perbuatan jahat Mak Jemah ni.Aku harap lepas ni kita semua lebih berhati2.Jangan sesekali ditegur atau lalu sebelah Mak Jemah tu.Takut nanti kita pula yang disumpahnya menjadi batu.

Mak Tanggang lagi celaka





