Gambar sekadar hiasan
Rata-rata ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan ending Slot Lestari,Vanilla Coklat (Episod 13).Ending yang bagai tiada apa-apa berlaku.Ingatkan Liyana akan membalas dendam terhadap Amir dan Zara,rupanya tak.Kamal pulak terus cuak dan tak ambil port bila kena kantoi dengan papa Zara.Pondan betul lah Kamal ni.So,untuk memuaskan hati semua peminat,pengarah Vanilla Coklat (Emi Suffian Sabhe) berhasrat untuk menambah satu lagi episod untuk Slot Lestari ini.Jom ikuti review episod ni.
Selepas sahaja papa Zara dan Daddy Amir berbaik,Zara dan Amir pun mengambil keputusan untuk berbulan madu kali ke-3.Tetapi,kali ni,bulan madu mereka di Genting Highlands sahaja.Zara teringin nak naik roller coaster.Namun,nasib tidak menyebelahi mereka, kerana mereka telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya.Zara hanya cedera ringan sahaja,namun Amir cedera parah.Dia terpaksa ditempatkan di ICU.
Ketika dihospital,Amir disahkan menghidap penyakit Alzheimer ( hilang ingatan).Amir tak kenal langsung siapa Zara dan dia tak tahu pun dia dah berkahwin dengan Zara.Amir benci Zara.Dia tak nak tengok muka Zara lagi.Zara kecewa dan tertekan.Tiba-tiba datang seorang jururawat comel bernama Nana,untuk merawat Amir.
Nana :Encik Amir..Encik Amir apa khabar hari ni?Macam mana rasa?Dah sihat?
Amir :Ya,saya dah sihat.Tapi hati saya tiba-tiba tak sihat bila melihat wajah awak.Awak comel lah.
Nana :Ish,Encik Amir ni lucu la.
Amir :Serius,saya dah jatuh cinta dengan awak.
Nana :Encik Amir,Encik Amir kan dah berkahwin.Tak boleh la macam ni.
Amir :Awak,tolong jangan panggil saya Encik Amir.Panggil saya Abang Amir.Eh,saya belum pernah kahwin lagi.Awaklah cinta pandang pertama saya.
Nana :Err...Tapi,saya tak sanggup nak rosakkan rumahtangga Abang seperti mana yang Liyana dah buat.
Amir :Siapa Liyana?Saya tak kenal.Saya kenal awak sorang sahaja.Tolong awak,tolonglah kahwini saya.
Nana :Err..err..Jap ye Abang Amir,jap jap...
“Weh,korang! Aku sebenarnya tak sanggup nak hancurkan rumahtangga Abang Amir ni.Tapi,aku pun dah jatuh cinta dengan dia.Dari episod 1 sampai 13,aku mesti feeling-feeling ,sengih-sengih sorang-sorang tengok dia berlakon.Dah lah mata kuyu,tough,tinggi,senyum manis plak tu.Serius,suka dengan lakonan dia.So,aku pun amik keputusan untuk sehidup semati dengan dia.Korang tak kisah kan?
Gambar sekadar hiasan
Tak kisah kan kalau Zara dengan Liyana jadi begini.."
Gambar sekadar hiasan
p/s:Aku tahu ramai antara korang yang dah sediakan parang sebelah laptop korang,so sebelum jadi apa-apa kat aku,aku chow dulu lah.Nak pergi butik pengantin dengan Abang Amir..hehehe

Vanilla Coklat Ep 14

