Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday 15 May 2012

Perosak Bahasa #01



Ayam terlepas,tangan bau tahi


Maksud : Ayam yang lari setelah berak di tangan Haji Darbi. Ayam tersebut gelabah sotong  apabila diberitahu bahawa dia akan ditangkap dan  dijadikan rendang buat juadah tengahari nanti.

Bagai ayam kena tungau


Maksud : Sekumpulan tungau telah menyerang seekor ayam kerana disyaki si ayam telah menghancurkan hati seekor cikaro tungau,apabila dia menolak cinta cikaro tersebut.

Bagai ayam naik ke surau


Maksud : Seekor ayam yang dahulunya kaki botol,kaki judi,kaki perempuan ,kaki pukul dan kaki bangku  telah  bertaubat dan kembali ke jalan yang benar dengan menghadirkan diri kesurau.Beliau juga banyak  mendengar ceramah-ceramah agama terutamanya ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Bagai kera kena belacan


Maksud : Seekor kera sial telah dibaling belacan oleh sekumpulan budak kerana pada waktu itu hanya ada kampit belacan sahaja di rumah mereka.

Bagai mengajar itik berenang


Maksud : Seorang perenang negara menunjukkan kehebatannya berenang kepada semua penduduk termasuklah itik-itik di kampungnya.Beliau menganggap hanya beliau sahaja yang tahu berenang didunia ini.

Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga


Maksud : Seekor ayam dicarik-carik bulunya oleh Pak Dolah kerana Pak Dolah tidak dapat menerima hakikat bahawa artis-artis hot seperti Lisa Surihani,Scha dan Fasha Sandha telah berkahwin.

                       Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu mengembu


Maksud : Ali dan Abu dikurung oleh ibunya di kandang kambing dan lembu kerana gagal dalam peperiksaan.Maka setelah setahun dikurung,mereka lebih selesa hidup dengan binatang-binatang dikandang itu.



p/s : Harap maklum..Ini bukan maksud sebenar Peribahasa tersebut.Kalau nak tahu maksud,sila guna khidmat Encik Google la ye..

~sorry lukisan huduh~


Saturday 28 April 2012

Mahasiswa Turun Sekolah

Assalamualaikum,

   Wah,lama betul Cik Nana ni tak update blog kan.Bukan terlupa tetapi kekurangan masa untuk bermanja-manja dengan blog.Minta maaf pada mereka yang datang blog ni berkali-kali,tapi takda entri baru.”Maafkan saya” (ikut gaya Nabil).
          Baiklah,untuk tidak menghampakan sesiapa,Nana nak cerita sikitlah pengalaman Nana menjadi fasilitator untuk program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan  Awam,USM.Program ini berlangsung pada 20-22 April 2012 di asrama SMK King Edward VII,Taiping.Untuk pengetahuan korang,sekolah ni majoritinya adalah pelajar lelaki,kecuali Form 6 ada beberapa orang sahaja  pelajar perempuan.Kitorang  tinggal kat asrama bersama-sama adik-adik ni.Huhu,terasa macam kembali ke alam persekolahan pula.
           Teringat dulu-dulu masa Darjah 6,Nana ada jugak join  program macam ni.Tapi abang-abang dan kakak-kakak fasi tu dari UTM.Memang tersangatlah enjoy bila fasi-fasi tu buat program.Buat group lepas tu satu group dapat dua orang fasi.Lepas tu,buat aktiviti dalam kumpulan.Lepas tu bersaing antara group lain untuk mendapat group terbaik.Lepas tu bila abang-abang dan kakak-kakak fasi nak balik UTM semula,ramai lah member-member Nana yang dok kesat air mata kan.Kononnya sedih sangat la tu kan.
    Eh,melalut pulak kan."Maaafkan saya".Ok lah,Nana akan ceritakan pengalaman  ni melalui gambar-gambar yang diambil sendiri oleh abang fotografi yang bertauliah a.k.a member sendiri.hehe..


Ni gambar sebelum ke SMK King Edward VII.Ada 13 orang fasi perempuan dan 9 orang fasi lelaki.Nana yang paling tepi,pakai baju kurung kaler purple.


Then,kami pun sampai kat asrama SMK King Edward ni.Asrama dorang dekat jugak dengan Taiping Sentral.Oh,gambar ini waktu pendaftaran pelajar-pelajar.Waktu ni,mereka nampak tak berminat langsung nak join aktiviti kitorang ni.Mungkin diorang rasa program ni banyak ceramah kot.Biasalah,pelajar kan tak suka ceramah.


Lepas je majlis perasmian berakhir,cikgu sekolah tu pun menyerahkan tanggungjawab kepada kami untuk berprogram bersama adik-adik selama 3 hari.Mula-mula,fasi-fasi memperkenalkan diri dan trade mark  masing-masing kepada adik-adik.Lepas tu,bermula la sesi ice breaking.



Waktu ni,ketua fasi a.k.a Fazil mengetuai ice breaking.Banyak game seperti “kelopak jantung,seman kata,pizza hut,kapten kapal” dan macam-macam lagi game dimainkan.Waktu ni barulah nampak adik-adik ni seronok nak join.Bersemangat betul mereka.

Haa,siapa tahu game apa ni?"cuci deck" cuci deck".....

"selamatkan diri"...selamatkan diri"

Fasi-fasi berdemo: "Pizza hut,oh pizza hut,kentucky fried chicken pizza hut"


Lepas tu,sesi ice breaking untuk petang pun berakhir.Malam tu pulak ada pembahagian kumpulan.Jeng-jeng jeng,ni lah kumpulan Nana!Kumpulan "RED CATZ"

Malam tu jugak mereka diminta untuk mencipta nama kumpulan,logo dan cheer kumpulan sendiri.Time ni Nana tak tolong sangat pun bagi idea sebab Nana nak galakkan diorang ni berbincang sesama sendiri.By the way nama "Red Catz" tu nampak nice kan.Hehe..Eh,jom tengok logo-logo kumpulan lain jom.

Eh,ni logo kumpulan Nana la.Tengok bawah,tengok bawah.

"YT" stands for Young Tiger..(roarrrr)

Yang ni "Rough Tiger" pulak

 Ni kumpulan "Cencalok"..har har har

"Ultra Tiger"..minat betul budak-budak ni dengan harimau kan?Dah 3 kumpulan ada "Tiger"

"Scorpion" a.k.a kala jengking menyengat

Lepas je cipta logo,kena pulak buat presentation.Ni bukan apa,nak menguji tahap keberanian adik-adik  untuk berucap di khayalak ramai.Bukankah itu satu cabaran?

Yang adik sorang ni tutup mata kenapa eh?Mesti ada yang kelakar pasal logo ni kan?


End of day 1:


Masuk hari ke-2,pepagi lagi dah kena beriadah.Mula-mula stretching.


Lepas tu main game macam semalam,kapten kapal.."tarik sauh tarik sauh","tabik hormat",cuci deck,cuci deck" .Lepas tu main harga diri.Harga lelaki RM0.20,perempuan RM0.10.Bila ketua fasi cakap cukupkan RM1.50 contohnya,masing-masing kena cari geng untuk cukupkan RM1.50.Kalau ada sesiapa yang tak dapat partner atau tak cukup RM1.50,maka mereka tersingkir.har har..

Last sekali,cooling down.Jom melompat lebih tinggi..tinggi lagi!!

Hokay,habis je aktiviti riadah,kami pun bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya.Haa,haruslah bersiap kan,sebab majoriti kami tak mandi sebelum beriadah.yeewww...

Then,dalam pukul 9.00 pagi,LDK pun bermula.Kali ni,fasi sangat memainkan peranan sebab lepas je aktiviti  LDK dijalankan,kami ditugaskan untuk menerangkan maksud tersirat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.



Contohnya macam aktiviti ni.Adik-adik ditugaskan untuk meniup belon sampai pecah.Maksud tersiratnya ialah,"Dalam kehidupan ini,kita selalu terbeban dengan masalah.Memang sukar untuk kita hadapi.Tetapi setelah kita berjaya mengatasi nya,kita akan rasa tersangat-sangat lega".Begitu juga belon,kita takut untuk tiup sebab kita tau ia akan meletup,dan sudah tentu rasa sakit.Tetapi setelah belon pecah,kita akan rasa lega.Hilang segala ketakutan itu."

Aktiviti LDK berakhir pada pukul 11.30 pagi.Aktiviti seterusnya ialah setiap kumpulan dikehendaki merekabentuk jambatan.Dengan hanya berbekalkan segulung lidi dan salotip,mereka perlu merekabentuk jambatan paling kukuh,berestetika dan kemas

Ni macam jambatan pulau pinang pulak kan?

Agak-agak la kan,kukuh tak jambatan kumpulan ni?Cuba tengok tiang dia.Kuat ke tak?

Ni la hasil jambatan adik-adik ni.Kalaulah tunjuk kat engineer,kompem rasanya design jambatan ni direject.Macam tak kukuh je kan?

Seterusnya,mereka disuruh pula untuk merekabentuk menara,bangunan atau monumen kumpulan sendiri.Mereka diberikan suratkhabar lama dan salotip dan masa yang diberikan hanya lebih kurang sejam je.Dan,jeng jeng jeng,inilah hasilnya:
Ni macam longgokan sampah je kan.Rileks2,monumen belum siap lagi kot..har har

Ni bukan pontianak ok..Ni monumen udang kumpulan cencalok.Kreatif tak?

Yang ni sangat simple monumen dia.Ia dinamakan nasi lemak bungkus gergasi.Eh,piramid laa...

Yang ni roket rasanya.Kreatif jugak adik-adik ni.

 Rasanya monumen kumpulan Nana paling cute.Siap ada kepala kucing lagi.Cantik tak?

Ok,habis untuk program dalam dewan.Lepas tu,kitorang ada game yang sangat-sangat mencabar kat court tennis.Nak tahu apa?


Ingat tak monumen adik-adik yang kreatif tadi?Haa,petang tu mereka disuruh supaya mempertahankan monumen masing-masing daripada dibaling belon air oleh kumpulan lain dan pada masa yang sama mereka juga harus menyerang monumen kumpulan lain.

Sebelum ada antara kami yang syahid,baik bergambar dulu kan?hehe..

Kumpulan lain yang bersedia menyerang! 


Then the battle begin..Tengok tu,susah gila Nana nak serang monumen mereka ni.Defend kuat  kot!


Serius,adik-adik ni gembira betul.Biasalah game macam ni,budak lelaki memang suka.

Then,pic of the day!
Hehe..Ni gambar paling kiut kot.
Kumpulan 7  (Red Catz)

Then,aktiviti malamnya pula adalah ceramah dari lecturer kami sendiri,Dr Mohd Ashraf B Mohd Ismail,tentang hala tuju adik-adik lepas sekolah .Last sekali,ada "embun merintis",dimana kami cuba menyedarkan adik-adik tentang pentingnya berbakti kepada ibubapa,pentingnya belajar rajin-rajin dan sebagainya.Alhamdulillah,ada jugak adik-adik yang mengalirkan air mata,Moga-moga mereka sedar.

End of day 2:

Hari last ni adalah hari paling sedih bagi kami sebab kami akan berpisah.Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan mereka ni.Banyak betul kenangan bersama mereka.Tapi kan,"setiap pertemuan itu ada perpisahan",Nana redha.Sebelum balik,macam biasalah bertukar-tukar akaun facebook,mintak gambar di tag lah,mintak nombor telefon lah.Berbeza betul dengan zaman Nana dulu.Bila akak2 dan abang2 fasi nak balik,dapat amik no telefon dengan alamat universiti je.Gambar kenangan memang takdelah kan.


Dan sebelum balik,Nana terkejut sangat-sangat sebab dapat souvenier dari adik-adik kumpulan sendiri.Dapat dua tie sekolah King Edward.Terharu sangat-sangat walaupun Nana tak pernah pun tahu cara nak pakai tie.Dorang cakap "kalau akak tak tahu pakai,akak letak dalam frame jela".

Seriously,Nana tak kan lupakan adik-adik dan kenangan terindah ni.Semoga persahabatan ini diteruskan. Edwardian The Best!


                                                                                Thanks adik-adik SMK King Edward  VII                                                                                                sekalian.
                                                                                   Our memories will never dies.

                                                                             Sincerely,
                                                                            Kak nana


Monday 9 April 2012

Mak Tanggang lagi celaka

      
Gambar sekadar hiasan


       Sudah setahun Si Tanggang belayar di lautan meninggalkan ibunya,Mak Jemah.Tiada kiriman sms,surat mahupun panggilan telefon daripada Tanggang.Mak Jemah  sangat rindukan anaknya.Setiap hari dia berdoa agar Tanggang segera pulang untuk  bertemu  dengannya.
        Alhamdulillah,doa ibu Tanggang dimakbulkan Allah.Pada suatu hari,kecoh satu kampung mengatakan mereka nampak Si Tanggang dipelabuhan sedang menjalankan urusniaga.Si Tanggang juga datang bersama isterinya yang sangat jelita.Menurut mereka,Tanggang telah berkahwin dengan anak seorang saudagar kaya  di Malawi.Berita ini sampai ke pengetahuan Mak Jemah.Mak Jemah berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat berjumpa dengan anaknya kembali.Tanpa membuang masa,Mak Jemah terus meluru ke laut sambil membawa  makanan kegemaran Tanggang yang di masaknya pagi  tadi.Sesampai di kapal Tanggang,mak jemah pun menyahut nama anaknya.

Mak Jemah :Tanggang,anak mak..My hero! Come to mama!Come to mama!Mak bawak lempeng ni nak.Faveret kamu.

Semua nakhoda-nakhoda kapal,orang-orang kampung,termasuk isteri  Tanggang tercengang melihat reaksi Mak Jemah.Tanggang berasa  sangat malu kerana mak nya memakai baju compang-camping,persis orang yang ingin meminta sedekah.

Isteri          : You,siapa orang tua tu?Mak you ke?
Tanggang    : No la sayang.I mana ada mak seselekeh itu.
Mak Jemah :Tanggang,kau buat apa kat situ?Mari lah turun.Mak rindu sangat kat ko ni.
Tanggang    : Hey perempun tua.Kau bukan mak aku.Pergi dari sini.Pengemis!Orang tua tak sedar diri.
Mak Jemah :Haa?Kau panggil aku orang tua?Aku ni mak kau Tanggang.Aku yang besarkan kau.Sampai hati kau lupakan                        mak kandung kau Tanggang?
Tanggang   :Ahh sudahlah orang tua.Aku datang sini bukan nak jumpa kau.Aku ada urusan kerja.Pergi balik la kau orang                      tua!Orang tua selekeh tak layak jadi mak aku.
Mak Jemah :Ya Allah,inikah balasan untuk aku ya Allah?Kenapa Tanggang lupakan aku ya Allah?Jika dia tak mengaku aku                      ni mak dia,kau sumpahlah dia jadi batu!

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang.Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora.Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal.Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.
Akhirnya dia berteriak kepada ibunya supaya diampunkan kesalahannya.Namun,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat.Apabila ribut reda,Si Tanggang,isteri dan anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Setelah itu,Mak Jemah berlalu meninggalkan Tanggang.
Tiba-tiba,Mak Jemah merasakan terdapat  satu aura dan kelebihan pada dirinya.Dia mampu mengubah orang lain menjadi batu.Untuk mendapatkan kepastian,dia mencuba lagi.

Mak Jemah: Oi,ketua kampung,dulu kau pernah malukan aku depan orang ramai.Aku sumpah kau jadi batu.

Tett,maka ketua kampung tak semena-mena menjadi batu.
Kemudian,dia terserempak dengan Bedah gagap.

Mak Jemah: Oi bedah gagap.Aku benci  orang gagap macam kau ni.Jadilah kau batu.

Tutt,bedah gagap pun menjadi batu.Maka kuranglah seorang gagap dalam kampung tu.
Mak Jemah menjadi suka menyumpah-nyumpah orang menjadi batu.Setelah disumpah,dia tergelak-gelak bagai orang gila.

Mak Jemah: Oi,Pak Rodi,ko pun dah nak mati.Meh aku tolong ko mati cepat.Jadilah kau batu!

Tak pasal-pasal Pak Rodi yang tengah makan breakfast tu menjadi batu.

Mak Jemah: Oi,Markonah.Dulu kau selalu mengumpat aku kan.Nah,aku sumpah kau jadi batu!

Markonah yang tak sempat bertaubat itu pun turut menjadi batu.
Kemudian,Mak Jemah terasa ingin mencuri emas dikedai Ah Leong.Dia pun menyumpah Ah Leong menjadi batu.

Mak Jemah: Jadilah kau batu Ah Leong!

Tetttt,Ah Leong terus menjadi keras macam batu.Lantas Mak Jemah mencuri kesemua emas dikedai itu.Ramai orang kampung yang dibenci Mak Jemah telah menjadi batu.Maka bertambahlah seven wonders didunia ini.(Tak percaya tengok National Geographic)

Penduduk-penduduk kampung yang tinggal itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kes itu kepada pihak polis.Maka segerombolan pihak polis pun datang untuk menangkap Mak  Jemah.Namun,belum pun mereka sempat menangkap Mak Jemah,kesemua mereka telah disumpah menjadi batu.

Orang-orang kampung menjadi bingung.Maka,mereka pun memanggil Wak Sakawi,bomoh paling handal dikampung itu.Namun,belum pun sempat  Wak Sakawi berbuat apa-apa,dia juga telah disumpah menjadi batu.

Dan aku pun tak tahu siapa-siapa yang boleh memberhentikan perbuatan jahat Mak Jemah ni.Aku harap lepas ni kita semua lebih berhati2.Jangan sesekali  ditegur atau lalu sebelah Mak Jemah tu.Takut nanti kita pula yang disumpahnya menjadi batu.
      


Tuesday 20 March 2012

Aku,Leha dan iPhone 4S Celaka




Gambar sekadar hiasan

Izzah :  Disinilah Izzah pernah cuba lari dari abang.Tapi disini jugalah abang pertama kalinya memberitahu Izzah yang abang sayangi Izzah.Ombak dan pantai inilah menjadi saksi.
Harris:  Esok abang dah nak kahwin dengan Mila.
Izzah :  Izzah tahu..Semoga semuanya berjalan lancar.
Harris : Abang akan tetap datang untuk Izzah.

“Tuhan tolong,lembutkan hati dia….Untuk terima ku seadanya,kerna ku tak sanggup,kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku..ooo”

Tet..button hijau ditekan..

Leha :  Haish,kacau betul la.Sape yang sibuk-sibuk kol ni?Tengah syok layan Ombak Rindu   ni.Haish..Eh,pakwe aku laa..adoyaii..Hello sayang!
Jeman:Sayang!kenapa lambat sangat angkat call ni?Ni mesti tak lain,tengah layan Ombak Rindu   lah tu.Haish,dah berapa kali dok ngulang tengok cerita tu.Sampai saya pun awak abaikan  kan?
Leha:  Haish,sayang ni.Kenapa emosi-emosi ni?Kira ok la tu,saya angkat call awak ni.Kalau ikutkan hati saya,saya tak nak angkat.Layan Ombak Rindu lagi baik.
Jeman:Ok,fine..Awak memang suka buat saya sakit hati kan?

Tut..tut..tut..(talian terputus)

Leha :Wadehel mamat ni letak tepon plak.Geram betul aku.

Kedebumm…

“Aduh,sakit betul aku kena lempar ke dinding.Leha,leha..Asal ko gaduh dengan balak ko je,aku yang menjadi mangsa keadaan.Ye,aku bukanlah handphone berjenama mahal macam iPhone,Blackberry,Samsung.Aku hanya handphone  Nokia 3310,yag bak kata orang,baling anjing pun anjing boleh die in action.Tapi,aku tak macam handphone lain.Ada button besar yang sangat sedap ditekan.Kalau ikutkan trend zaman sekarang,semua nak yang  touch screen aje.Setakat aku ni,apela sangat.Tapi,aku berbangga sebab aku dah berkhidmat untuk Leha selama 5 tahun.Aku bersyukur kerana mampu bernafas sehingga ke hari ini.”


Leha : Hah,omaigod! Abis handphone aku terburai.Masyaallah,sori2..
Aku  : Apa sori2,sori naik lori laa..

Malam tu,Jeman call Leha.Macam biasa,bila Leha merajuk,Jemanlah yang akan pujuk.Tapi,perbualan mereka malam tu wat aku agak sedih.

Leha :  Sayang,I ingat I nak beli handphone baru la.iPhone 4.Handphone ni best sangat2.Kita boleh bercakap dengan                  iphone ni sayang.
Jeman :Yelah,nanti asyik cakap dengan iPhone je,saya pun awak lupa nanti.
Leha   : Alaa sayang ni.Mana ada.
Jeman : Yela2,abang gurau je pun.Yang penting,nak beli iPhone tu jangan mintak duit kat abang.Abang pun tengah                   pokai sekarang ni.
Leha   :Ok sayang.Esok,teman saya pergi beli iPhone ek.Kat Green Town Mall,ok?
Jeman: Ok sayang.

Green Town Mall?Tu la  tempat dimana aku dipertemukan dengan Leha.Waktu tu,Leha baru tingkatan 3,baru merasa pegang duit sikit dan beli handphone.Setelah survey di semua  tempat,aku lah handphone yang paling murah.Leha pun membelek-belek aku.

Leha :  Berapa handphone ni?
Amoi : Satu ratus sahaja.Mau ka?
Leha :  Takda diskaun ka?
Amoi : Sembilan puluh ringgit,lu angkatlah.
Leha:  Sembilan puluh ringgit?Hmm,okay lah,saya angkat.

Waa,sedihnya rasa hati aku.Esok bila dia beli handphone baru,mana dia nak buang aku?Adakah dia akan beri pada Lisa,adik Leha yang paling bongsu?Tidak,aku tak mahu orang lain.Aku mahu Leha.Leha,oh Leha.

Jeman: Sayang,macam mana dengan handphone baling anjing sayang tu?Nak trade in ke?
Leha :  Trade in??Eh,tak mau la..Leha nak simpan.Lagipun Leha nak beli sim card baru.Maxis punya.Nanti senang nak call             mak.Mak selalu bising pasai Leha pakai celcom.Kan mahal.Dan sebenarnya,Leha sayang dengan handphone                       Leha.Ni handphone pertama Leha.

Ya allah,terharunya aku dengar.Air mataku berjujuran tanpa aku sedari.Terima kasih ya Allah.

Esoknya,Leha pulang dengan membawa goody bag terpampang besar-besar  iPhone 4.Ya,yang macam Leha cakap,memang smart pun handphone tu.Balik je,Leha  terus landing atas sofa sambil meng”touch2” handphone  barunya itu.Leha seronok betul sampai lupa akan aku.
Tiba-tiba,Leha meletakkan iPhone 4 betul-betul sebelah aku dan terus meluru ketandas.Sakit perut agaknya.

iPhone4 : Oi,handphone baling anjing..Hodoh betul ko ni ye.
Aku        : Ape oi oi..Bagila assalamualaikum dulu..kita kan handphone jenama islam.
iPhone4 :Bajet plak ko eh.Sekarang ni,Leha sayang aku sorang tau.Ko boleh blah dari hidup kitorang.
Aku       : Tak baik ko cakap macam tu.Leha masih perlukan aku.Waktu pagi,aku yang selalu gerakkan Leha bangun                          dengan bantuan alarm aku.Ko kena ingat pengorbanan aku.Ko tak boleh senang-senang nak buang aku dari                      hidup Leha.
iPhone4 :Alah,setakat alarm je.Aku ade Viber,Whatss up,facebook  application,skype,twitter,hah ape lagi.Aku pun da                 lupa.Banyak sangat.

Sebentar kemudian,Leha mencapai iPhone4 nya dan terus berlalu ke bilik.Dari jauh aku lihat iPhone4 menjulur lidah dan menunjukkan fuck.Masyaallah,inilah handphone zaman sekarang.Tidak kenal mana halal,mana haram.Aku menangis sendirian.Leha langsung tidak menghiraukan aku.

Pada petang esoknya,aku dibawa bersiar-siar ditaman oleh Leha.Tapi,yang tidak seronok nya si iPhone4 tu ikut sekali.Jeles betul aku.Fuck semalam masih tak luput dari ingatan aku.Harap-harap hari ni dia behave sikit.Aku dipegang oleh Leha sebab waktu tu dia tengah menghantar pesanan ringkas kepada teman baiknya,Bedah.Sambil berjalan,sambil dia bermesej.Sekejap-sekejap dia menyeluk poketnya dan mengambil iphone 4 nya.Aku diletakkan semula kedalam poket.Kemudian,apabila mesejnya di reply oleh Bedah,aku diambil semula.

Tiba-tiba,Leha ternampak Jeman,balaknya sedang bermesra dengan seorang perempuan.Apa lagi,Leha terus meluru kearah Jeman dan perempuan itu.Perempuan itu memang comel pun.Comel lagi dari Leha.


Leha :  Sayang!! Ape ni sayang?You menduakan I ye??
Jeman: Eh,Leha.Dengar dulu Leha.Dengar dulu.
Leha :  Ahh,semua dah jelas sekarang ni.You ada hubungan dengan perempuan ni.

Jeman memegang tangan Leha dan cuba menenangkannya.Leha meronta-ronta mahu melepaskan diri.Aku risau kerana aku berada ditangan Leha waktu tu.Ketika Leha kuat cuba melepaskan diri,aku terasa diriku melayang ke angkasa raya dan jatuh ke jalan tar.Dari jauh aku lihat,sebuah lori sedang  laju menghampiri aku.Dan semakin lama lori itu semakin hampir.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku cuba menjerit memanggil Leha,tapi Leha langsung tidak hiraukan kemana aku jatuh.Ya,lori memang semakin hampir.Betul-betul didepan aku.Kepada tuan yang sedang membaca ini,tolong beritahu Leha,AKU BETUL-BETUL  SAYANGKAN NYA.


Friday 16 March 2012

Vanilla Coklat Ep 14


Gambar sekadar hiasan
         
       Rata-rata ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan ending Slot Lestari,Vanilla Coklat (Episod 13).Ending yang bagai tiada apa-apa berlaku.Ingatkan  Liyana akan membalas dendam terhadap Amir dan Zara,rupanya tak.Kamal pulak terus cuak dan tak ambil port bila kena kantoi dengan papa  Zara.Pondan betul lah Kamal ni.So,untuk memuaskan hati semua peminat,pengarah Vanilla Coklat (Emi Suffian Sabhe)  berhasrat untuk  menambah satu lagi episod untuk Slot Lestari ini.Jom ikuti review episod  ni.
   
     Selepas  sahaja papa Zara dan Daddy Amir berbaik,Zara dan Amir  pun mengambil keputusan untuk berbulan madu kali ke-3.Tetapi,kali ni,bulan madu mereka di Genting Highlands  sahaja.Zara teringin nak naik roller coaster.Namun,nasib tidak menyebelahi mereka, kerana mereka telah  terlibat dengan satu kemalangan jalanraya.Zara hanya cedera ringan sahaja,namun Amir cedera parah.Dia terpaksa ditempatkan di ICU.

      Ketika dihospital,Amir disahkan  menghidap penyakit Alzheimer ( hilang ingatan).Amir tak kenal langsung siapa Zara dan dia tak tahu pun dia dah berkahwin dengan Zara.Amir benci Zara.Dia tak nak tengok muka Zara lagi.Zara kecewa dan tertekan.Tiba-tiba datang seorang jururawat comel bernama Nana,untuk merawat Amir.

Nana      :Encik Amir..Encik Amir apa khabar hari ni?Macam mana rasa?Dah sihat?
Amir      :Ya,saya dah sihat.Tapi hati saya tiba-tiba tak sihat bila melihat wajah awak.Awak comel lah.
Nana      :Ish,Encik Amir ni lucu la.
Amir      :Serius,saya dah jatuh cinta dengan awak.
Nana      :Encik Amir,Encik  Amir kan dah berkahwin.Tak boleh la macam ni.
Amir      :Awak,tolong jangan panggil saya Encik Amir.Panggil saya Abang Amir.Eh,saya belum pernah kahwin                                  lagi.Awaklah cinta pandang pertama saya.
Nana    :Err...Tapi,saya tak sanggup nak rosakkan rumahtangga Abang seperti mana yang Liyana dah buat.
Amir     :Siapa Liyana?Saya tak kenal.Saya kenal awak sorang sahaja.Tolong awak,tolonglah kahwini  saya.
Nana    :Err..err..Jap ye Abang Amir,jap jap...

    “Weh,korang! Aku sebenarnya tak sanggup nak hancurkan rumahtangga Abang Amir ni.Tapi,aku pun dah jatuh cinta dengan dia.Dari episod  1 sampai 13,aku mesti feeling-feeling ,sengih-sengih sorang-sorang  tengok dia berlakon.Dah lah mata kuyu,tough,tinggi,senyum manis plak tu.Serius,suka dengan lakonan dia.So,aku pun amik keputusan untuk sehidup semati dengan dia.Korang tak kisah kan?


Gambar sekadar hiasan


Tak kisah kan kalau Zara dengan Liyana jadi begini.."

Gambar sekadar hiasan

p/s:Aku tahu ramai antara korang yang dah sediakan parang sebelah laptop korang,so sebelum jadi apa-apa kat aku,aku chow dulu lah.Nak pergi butik pengantin dengan Abang Amir..hehehe

Wednesday 7 March 2012

Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

   
Gambar sekadar hiasan


      Di sebuah hutan rimba,tinggal pelbagai jenis haiwan liar dan ganas.Antaranya arnab,kura-kura,anjing,lembu,penguin dan dinosaur.Dalam banyak-banyak haiwan,arnab dan kura-kura adalah dua bangsa yang suka bergaduh.Pantang sahaja berjumpa,pasti mereka bergaduh.Hatta,hal ehwal politik pun boleh jadi tajuk perbalahan mereka.Nak dijadikan cerita,suatu hari mereka bertemu.

Arnab       :Weh,aku dengar  Lisa Surihani dah sah jadi suri rumah Yusry.Melepas la kau.Haha.Lagipun,kau bukan ada                        rupa sangat pun.Hodoh.
Kura-kura :Eh,bila masa pulak aku tergila-gila kan si Lisa tu?Awek aku mana aku nak letak ha?Aku sedar aku memang tak                    hensem pun tapi hati aku baik,suci,tak macam kau.Busuk bro!
Arnab       :Eh,ko tak payah nak ikut gaya Sheila Rusly la weh.Kau la busuk,lembab macam kura-kura!Orang pergi KL                          sejam je,kau dunia nak kiamat baru nak sampai.
Kura-kura :Yang kau sibuk sangat tu apsal?Aku pergi KL ada mintak duit kat kau ke?
Arnab       :Dasar lembab.Keturunan kau memang lembab.
Kura-kura :Kau cakap baik sikit ek.Jom kita berlumba.Aku nak tengok,siapa yang  lembab sebenarnya.
Arnab       :Baik,aku akan bagitahu semua warga rimba.Bila kau nak perlumbaan tu diadakan?
Kura-kura :Minggu depan.
Arnab       :Ok,set.Cekidout!

Kura-kura menyesal kerana  terlanjur dengan percakapannya sebentar tadi.Namun,hati siapa yang tidak marah apabila orang lain mengutuk kekurangan  diri kita sendiri.Si kura-kura tidak boleh menarik balik kata-katanya  tadi.Dia harus bertanggungjawab.Fikir punya fikir,tiba-tiba dia teringat  pada seorang member lama dia.Mungkin membernya boleh membantu.

Kura-kura   :Doraemon!
Doraemon  :Hey,Kura-kura!Baru hari ni nampak batang hidung  kau.Ni tak lain nak mintak tolongla tu.
Kura-kura   :Yelah,kalau bukan sebab nak mintak tolong,aku tak kan jumpa ko la.
Doraemon  :Haa,tau dah.Aku memang jadi kawan waktu kau susah je.
Kura-kura   :Weh,jangan tacing weh.Aku serius ada masalah besar ni.
Doraemon  :Yela,apa masalahnya?
Kura-kura   :Aku dah tercabar si arnab tu untuk berlumba dengan dia minggu depan.Aku terlepas cakap la.Aku bengang                      betul dengan dia,bongkak sangat.
Doraemon  :La,yeke.Abis ko nak  aku tolong apa?
Kura-kura  :Aku nak kau jadikan si arnab tu,lagi lembab dari aku.Aku nak dia rasa apa yang aku rasa.
Doraemon :Bagus jugak idea kau ni ek.Jap,jap..”Gula-gula lembab”.Sebelum kau mulakan                                                                    perlumbaan,kau bagi dia makan gula-gula ni.Nanti dia akan jadi lebih lembab dari kau.Ok?Cekidout!

    Pada hari yang ditetapkan,banyak haiwan rimba yang turun  menyaksikan  perlumbaan dan memberi sokongan kepada peminat masing-masing.Sebelum pertandingan dimulakan,Kura-kura terlebih dahulu memberi  gula-gula lembab tersebut kepada Arnab.Arnab menerima nya dengan nada bongkak dan  pandangan yang menjengkilkan.Gorilla dipilih untuk menjadi  pengadil bagi perlumbaan tersebut.Sebelum pertandingan dimulakan,Gorilla memberi  briefing kepada kedua-dua peserta.Setelah itu,mereka pun mengambil tempat  ke garisan permulaan.

Gorilla :Ok,sedia Arnab dan Kura-kura?1,2,pritttttt !!!!!!!

Arnab berlari sekuat hatinya dan meninggalkan kura-kura.Dia yakin bahawa dialah yang bakal menjuarai perlumbaan ini.Namun sebentar kemudian,kura-kura memotong.

Kura-kura :Hello bro! Lu rasa lu lari laju sangat ke ha?Haha..

Arnab yang sedang fokus berlari,memalingkan muka ketepi.

Arnab :Haa??.Macam mana Kura-kura boleh potong aku secepat ini.Biar betul.Aku mimpi ke?

Kura-kura tegelak-gelak sambil mengekori Arnab.Dia kemudian mengusik sahabatnya.

Kura-kura  : Bro,apsal lu diam?Jawab la bro.Haha..
Arnab        :Woi,apsal kau laju sangat ni?Apsal aku lembab sangat ni?Arghh..Kenapa dengan aku  ni?

Sekalian rimba juga  berasa hairan.Mengapakah Si Arnab lari begitu lembab?Apakah yang berlaku sebenarnya?Si Kura-kura kemudiannya menghampiri Si Arnab dan berkata sesuatu.

Kura-kura : Kau jangan ingat kau sorang je boleh menang.Langit tidak selalunya cerah.Hidup ini ibarat roda.Kadang-kala kita berada diatas,kadang kala kita berada  dibawah.Allah maha adil.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang kau ada,bila-bila pun DIA akan tarik.Sebab tu la,kita sebagai hamba-NYA,tak boleh bongkak dan takbur.Kau ingat tu?

    Lalu si Kura-kura pun berlalu meninggalkan Arnab dan menuju kegarisan penamat.Sekalian rimba bersorak gembira diatas kemenangan  Si Kura-kura.Sehari selepas itu,barulah Arnab tiba kegarisan penamat.Arnab begitu kecewa dan menyesal dengan perbuatannya selama ini.

P/S :  Oleh itu,hindarilah sikap takbur dan riak kerana  NIKMAT itu milik Allah,dan DIA berhak mengambilnya semula.



Friday 2 March 2012

Aku dan GPS celaka


Gambar sekadar hiasan


   Aku teringat pertemuan aku dengan Zarep petang tadi.Dia bagitahu aku yang dia bakal melangsungkan perkahwinannya Sabtu ini.Zarep ni kawan baik aku satu universiti dulu.Hensem orangnya,mirip pelakon Fizo Omar.Dia merayu-rayu suruh aku datang kemajlis pekahwinannya di Gopeng,Perak.Aku bukannya tak nak pegi,tapi maklumlah,aku ni orang Johor.Tak pernah la pulak sampai ke Perak.Paling jauh pun Kuala Lumpur.

Zarep  :Weh,ko jangan lupa datang.Senang je jalan umah aku.Haa,ko ada iPhone kan?Malam ni aku send IPA  untuk                    GPS.Nanti ko download kat skype,ok?Pakai je GPS,confirm sampai  umah aku punya.
Acai   : Hmm,aku bukan tak nak datang.Aku takut sesatla.
Zarep :Haish,kan aku da cakap,ko takkan sesat punya.Belum ade lagi keturunan aku yang sesat pakai GPS.Nenek aku                  pun lepas gi KL taw.
Acai   :Ko ni memandai  je kan.Hebatla sangat nenek ko tu.
Zarep :Hey,aku gurau jela.Datang taw.Malam ni jangan lupa install GPS.

     Berat betul hati aku.Bukannya dekat  Johor-Perak tu.Bontot aku pun boleh bisul drive sorang-sorang.Huh,takpelah,friend is always right kan.Aku pun download masuk GPS yang Zarep kirim tadi.Then,aku pun set masuk alamat rumah pengantin yang Zarep bagi tadi.Senang sikit keje aku Sabtu ni.
    
  Dan,masa yang ditunggu telah tiba.Pukul 7.00 pagi lagi,aku dah drive kereta.Mula-mula aku tak pakai GPS sebab Zarep cakap ikut highway dulu,then baru masuk Exit Gopeng.Aku pun follow.Then waktu lepas toll,aku pun pasang GPS aku.

GPS  :Re routing…After 200m keep left.
Aku  :Owh,ikut kanan.
GPS  :Keep left.Please follow the route for 7.5km.

Aku pun memandu Avanza aku melalui jalan lama untuk 7.5 km.Kemudian,aku hampir sampai ke traffic light.GPS mengingatkan.

GPS :After 200 m,turn right.
GPS :Turn right.
GPS :Turn right.
Aku  :Heyy,aku tau la turn right.Tak payahla reminds banyak kali.Kan tengah traffic light ni??
GPS :Owh,sorry bro.I dunno there is traffic light in front.Please forgive me.

Aku :Haa,biar betul GPS si Zarep ni.Mana dia faham aku ni??Huh..takpe,takpe..kita test lagi.

GPS :After 200m,turn left  and go along A10.
Aku :What?I can’t understand you.
GPS : After 200m,turn left  and go along A10.
Aku :What?Again please.
GPS : After 200m,turn left  and go along A10 laa bahalol.Pekak badak.

Huh,aku bukan mimpi ni.GPS Si Zarep ni ada saka ni aku rasa.Takpe,takpe.Aku nak test  lagi.Lalu aku pun dapat idea.Apa akan jadi kalau aku tak nak ikut arahan si GPS ni?Hmm..

GPS :After 400m turn right.
GPS :After 200m turn right.
GPS :Turn right.

Aku sengaja turn left.Tengok apa dia nak bahan aku balik.

GPS :Oi,turn right la.Ko tak tau left right ke?bodoh!
Aku :Ko la bodoh.Aku plak.Ko pandai sangat kan?Ha,re route la balik jalan aku.

Si GPS terdiam.Dia pun re route balik jalan untuk aku.

GPS :Please follow the route for another 400m.
Aku :Hahahaha..sengal punya GPS.Suka aku dapat bahan ko balik.
GPS :After  400m,you find your own way.Huh..
Aku :Waa,GPS ni pandai merajuk dah sekarang.Memang sah,GPS Zarep ada saka.Hahaha..Are you angry?Do you want to           eat Mac D?
GPS : Mac D?After 100m,turn right,then make u-turn and go along A5.Then,we will reach MacD Gopeng.
Aku :Hamboi..Bab makan,laju je kan.

GPS tunduk tanda merajuk.Aku pun abaikan dia.Aku terus ikut jalan lain.Tiba-tiba,

GPS :After 200m,you will reach your destination.
Aku :Haa,nak sampai dah?Bia betul.Senang je nak jumpa jalannya.
GPS :Destination is in your right.
Aku :Right?Woi,right aku kubur la wei.
GPS :Hahaha..pegi mampos la ko.
Aku :Kurang ajar punya GPS.

Aku pun mengambil Iphone aku yang tegantung dekat tepi tingkap dan terus buang keatas jalan.

Aku :Saka punya GPS..Fak fak fak

Tiba-tiba aku terasa ada orang tampar aku.Sakit giler.

Mak  :Oi,ape ko ni fak fak fak.Sape fak?
Aku  :Haa???mimpi??