Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday 20 March 2012

Aku,Leha dan iPhone 4S Celaka




Gambar sekadar hiasan

Izzah :  Disinilah Izzah pernah cuba lari dari abang.Tapi disini jugalah abang pertama kalinya memberitahu Izzah yang abang sayangi Izzah.Ombak dan pantai inilah menjadi saksi.
Harris:  Esok abang dah nak kahwin dengan Mila.
Izzah :  Izzah tahu..Semoga semuanya berjalan lancar.
Harris : Abang akan tetap datang untuk Izzah.

“Tuhan tolong,lembutkan hati dia….Untuk terima ku seadanya,kerna ku tak sanggup,kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku..ooo”

Tet..button hijau ditekan..

Leha :  Haish,kacau betul la.Sape yang sibuk-sibuk kol ni?Tengah syok layan Ombak Rindu   ni.Haish..Eh,pakwe aku laa..adoyaii..Hello sayang!
Jeman:Sayang!kenapa lambat sangat angkat call ni?Ni mesti tak lain,tengah layan Ombak Rindu   lah tu.Haish,dah berapa kali dok ngulang tengok cerita tu.Sampai saya pun awak abaikan  kan?
Leha:  Haish,sayang ni.Kenapa emosi-emosi ni?Kira ok la tu,saya angkat call awak ni.Kalau ikutkan hati saya,saya tak nak angkat.Layan Ombak Rindu lagi baik.
Jeman:Ok,fine..Awak memang suka buat saya sakit hati kan?

Tut..tut..tut..(talian terputus)

Leha :Wadehel mamat ni letak tepon plak.Geram betul aku.

Kedebumm…

“Aduh,sakit betul aku kena lempar ke dinding.Leha,leha..Asal ko gaduh dengan balak ko je,aku yang menjadi mangsa keadaan.Ye,aku bukanlah handphone berjenama mahal macam iPhone,Blackberry,Samsung.Aku hanya handphone  Nokia 3310,yag bak kata orang,baling anjing pun anjing boleh die in action.Tapi,aku tak macam handphone lain.Ada button besar yang sangat sedap ditekan.Kalau ikutkan trend zaman sekarang,semua nak yang  touch screen aje.Setakat aku ni,apela sangat.Tapi,aku berbangga sebab aku dah berkhidmat untuk Leha selama 5 tahun.Aku bersyukur kerana mampu bernafas sehingga ke hari ini.”


Leha : Hah,omaigod! Abis handphone aku terburai.Masyaallah,sori2..
Aku  : Apa sori2,sori naik lori laa..

Malam tu,Jeman call Leha.Macam biasa,bila Leha merajuk,Jemanlah yang akan pujuk.Tapi,perbualan mereka malam tu wat aku agak sedih.

Leha :  Sayang,I ingat I nak beli handphone baru la.iPhone 4.Handphone ni best sangat2.Kita boleh bercakap dengan                  iphone ni sayang.
Jeman :Yelah,nanti asyik cakap dengan iPhone je,saya pun awak lupa nanti.
Leha   : Alaa sayang ni.Mana ada.
Jeman : Yela2,abang gurau je pun.Yang penting,nak beli iPhone tu jangan mintak duit kat abang.Abang pun tengah                   pokai sekarang ni.
Leha   :Ok sayang.Esok,teman saya pergi beli iPhone ek.Kat Green Town Mall,ok?
Jeman: Ok sayang.

Green Town Mall?Tu la  tempat dimana aku dipertemukan dengan Leha.Waktu tu,Leha baru tingkatan 3,baru merasa pegang duit sikit dan beli handphone.Setelah survey di semua  tempat,aku lah handphone yang paling murah.Leha pun membelek-belek aku.

Leha :  Berapa handphone ni?
Amoi : Satu ratus sahaja.Mau ka?
Leha :  Takda diskaun ka?
Amoi : Sembilan puluh ringgit,lu angkatlah.
Leha:  Sembilan puluh ringgit?Hmm,okay lah,saya angkat.

Waa,sedihnya rasa hati aku.Esok bila dia beli handphone baru,mana dia nak buang aku?Adakah dia akan beri pada Lisa,adik Leha yang paling bongsu?Tidak,aku tak mahu orang lain.Aku mahu Leha.Leha,oh Leha.

Jeman: Sayang,macam mana dengan handphone baling anjing sayang tu?Nak trade in ke?
Leha :  Trade in??Eh,tak mau la..Leha nak simpan.Lagipun Leha nak beli sim card baru.Maxis punya.Nanti senang nak call             mak.Mak selalu bising pasai Leha pakai celcom.Kan mahal.Dan sebenarnya,Leha sayang dengan handphone                       Leha.Ni handphone pertama Leha.

Ya allah,terharunya aku dengar.Air mataku berjujuran tanpa aku sedari.Terima kasih ya Allah.

Esoknya,Leha pulang dengan membawa goody bag terpampang besar-besar  iPhone 4.Ya,yang macam Leha cakap,memang smart pun handphone tu.Balik je,Leha  terus landing atas sofa sambil meng”touch2” handphone  barunya itu.Leha seronok betul sampai lupa akan aku.
Tiba-tiba,Leha meletakkan iPhone 4 betul-betul sebelah aku dan terus meluru ketandas.Sakit perut agaknya.

iPhone4 : Oi,handphone baling anjing..Hodoh betul ko ni ye.
Aku        : Ape oi oi..Bagila assalamualaikum dulu..kita kan handphone jenama islam.
iPhone4 :Bajet plak ko eh.Sekarang ni,Leha sayang aku sorang tau.Ko boleh blah dari hidup kitorang.
Aku       : Tak baik ko cakap macam tu.Leha masih perlukan aku.Waktu pagi,aku yang selalu gerakkan Leha bangun                          dengan bantuan alarm aku.Ko kena ingat pengorbanan aku.Ko tak boleh senang-senang nak buang aku dari                      hidup Leha.
iPhone4 :Alah,setakat alarm je.Aku ade Viber,Whatss up,facebook  application,skype,twitter,hah ape lagi.Aku pun da                 lupa.Banyak sangat.

Sebentar kemudian,Leha mencapai iPhone4 nya dan terus berlalu ke bilik.Dari jauh aku lihat iPhone4 menjulur lidah dan menunjukkan fuck.Masyaallah,inilah handphone zaman sekarang.Tidak kenal mana halal,mana haram.Aku menangis sendirian.Leha langsung tidak menghiraukan aku.

Pada petang esoknya,aku dibawa bersiar-siar ditaman oleh Leha.Tapi,yang tidak seronok nya si iPhone4 tu ikut sekali.Jeles betul aku.Fuck semalam masih tak luput dari ingatan aku.Harap-harap hari ni dia behave sikit.Aku dipegang oleh Leha sebab waktu tu dia tengah menghantar pesanan ringkas kepada teman baiknya,Bedah.Sambil berjalan,sambil dia bermesej.Sekejap-sekejap dia menyeluk poketnya dan mengambil iphone 4 nya.Aku diletakkan semula kedalam poket.Kemudian,apabila mesejnya di reply oleh Bedah,aku diambil semula.

Tiba-tiba,Leha ternampak Jeman,balaknya sedang bermesra dengan seorang perempuan.Apa lagi,Leha terus meluru kearah Jeman dan perempuan itu.Perempuan itu memang comel pun.Comel lagi dari Leha.


Leha :  Sayang!! Ape ni sayang?You menduakan I ye??
Jeman: Eh,Leha.Dengar dulu Leha.Dengar dulu.
Leha :  Ahh,semua dah jelas sekarang ni.You ada hubungan dengan perempuan ni.

Jeman memegang tangan Leha dan cuba menenangkannya.Leha meronta-ronta mahu melepaskan diri.Aku risau kerana aku berada ditangan Leha waktu tu.Ketika Leha kuat cuba melepaskan diri,aku terasa diriku melayang ke angkasa raya dan jatuh ke jalan tar.Dari jauh aku lihat,sebuah lori sedang  laju menghampiri aku.Dan semakin lama lori itu semakin hampir.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku cuba menjerit memanggil Leha,tapi Leha langsung tidak hiraukan kemana aku jatuh.Ya,lori memang semakin hampir.Betul-betul didepan aku.Kepada tuan yang sedang membaca ini,tolong beritahu Leha,AKU BETUL-BETUL  SAYANGKAN NYA.


Friday 16 March 2012

Vanilla Coklat Ep 14


Gambar sekadar hiasan
         
       Rata-rata ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan ending Slot Lestari,Vanilla Coklat (Episod 13).Ending yang bagai tiada apa-apa berlaku.Ingatkan  Liyana akan membalas dendam terhadap Amir dan Zara,rupanya tak.Kamal pulak terus cuak dan tak ambil port bila kena kantoi dengan papa  Zara.Pondan betul lah Kamal ni.So,untuk memuaskan hati semua peminat,pengarah Vanilla Coklat (Emi Suffian Sabhe)  berhasrat untuk  menambah satu lagi episod untuk Slot Lestari ini.Jom ikuti review episod  ni.
   
     Selepas  sahaja papa Zara dan Daddy Amir berbaik,Zara dan Amir  pun mengambil keputusan untuk berbulan madu kali ke-3.Tetapi,kali ni,bulan madu mereka di Genting Highlands  sahaja.Zara teringin nak naik roller coaster.Namun,nasib tidak menyebelahi mereka, kerana mereka telah  terlibat dengan satu kemalangan jalanraya.Zara hanya cedera ringan sahaja,namun Amir cedera parah.Dia terpaksa ditempatkan di ICU.

      Ketika dihospital,Amir disahkan  menghidap penyakit Alzheimer ( hilang ingatan).Amir tak kenal langsung siapa Zara dan dia tak tahu pun dia dah berkahwin dengan Zara.Amir benci Zara.Dia tak nak tengok muka Zara lagi.Zara kecewa dan tertekan.Tiba-tiba datang seorang jururawat comel bernama Nana,untuk merawat Amir.

Nana      :Encik Amir..Encik Amir apa khabar hari ni?Macam mana rasa?Dah sihat?
Amir      :Ya,saya dah sihat.Tapi hati saya tiba-tiba tak sihat bila melihat wajah awak.Awak comel lah.
Nana      :Ish,Encik Amir ni lucu la.
Amir      :Serius,saya dah jatuh cinta dengan awak.
Nana      :Encik Amir,Encik  Amir kan dah berkahwin.Tak boleh la macam ni.
Amir      :Awak,tolong jangan panggil saya Encik Amir.Panggil saya Abang Amir.Eh,saya belum pernah kahwin                                  lagi.Awaklah cinta pandang pertama saya.
Nana    :Err...Tapi,saya tak sanggup nak rosakkan rumahtangga Abang seperti mana yang Liyana dah buat.
Amir     :Siapa Liyana?Saya tak kenal.Saya kenal awak sorang sahaja.Tolong awak,tolonglah kahwini  saya.
Nana    :Err..err..Jap ye Abang Amir,jap jap...

    “Weh,korang! Aku sebenarnya tak sanggup nak hancurkan rumahtangga Abang Amir ni.Tapi,aku pun dah jatuh cinta dengan dia.Dari episod  1 sampai 13,aku mesti feeling-feeling ,sengih-sengih sorang-sorang  tengok dia berlakon.Dah lah mata kuyu,tough,tinggi,senyum manis plak tu.Serius,suka dengan lakonan dia.So,aku pun amik keputusan untuk sehidup semati dengan dia.Korang tak kisah kan?


Gambar sekadar hiasan


Tak kisah kan kalau Zara dengan Liyana jadi begini.."

Gambar sekadar hiasan

p/s:Aku tahu ramai antara korang yang dah sediakan parang sebelah laptop korang,so sebelum jadi apa-apa kat aku,aku chow dulu lah.Nak pergi butik pengantin dengan Abang Amir..hehehe

Wednesday 7 March 2012

Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

   
Gambar sekadar hiasan


      Di sebuah hutan rimba,tinggal pelbagai jenis haiwan liar dan ganas.Antaranya arnab,kura-kura,anjing,lembu,penguin dan dinosaur.Dalam banyak-banyak haiwan,arnab dan kura-kura adalah dua bangsa yang suka bergaduh.Pantang sahaja berjumpa,pasti mereka bergaduh.Hatta,hal ehwal politik pun boleh jadi tajuk perbalahan mereka.Nak dijadikan cerita,suatu hari mereka bertemu.

Arnab       :Weh,aku dengar  Lisa Surihani dah sah jadi suri rumah Yusry.Melepas la kau.Haha.Lagipun,kau bukan ada                        rupa sangat pun.Hodoh.
Kura-kura :Eh,bila masa pulak aku tergila-gila kan si Lisa tu?Awek aku mana aku nak letak ha?Aku sedar aku memang tak                    hensem pun tapi hati aku baik,suci,tak macam kau.Busuk bro!
Arnab       :Eh,ko tak payah nak ikut gaya Sheila Rusly la weh.Kau la busuk,lembab macam kura-kura!Orang pergi KL                          sejam je,kau dunia nak kiamat baru nak sampai.
Kura-kura :Yang kau sibuk sangat tu apsal?Aku pergi KL ada mintak duit kat kau ke?
Arnab       :Dasar lembab.Keturunan kau memang lembab.
Kura-kura :Kau cakap baik sikit ek.Jom kita berlumba.Aku nak tengok,siapa yang  lembab sebenarnya.
Arnab       :Baik,aku akan bagitahu semua warga rimba.Bila kau nak perlumbaan tu diadakan?
Kura-kura :Minggu depan.
Arnab       :Ok,set.Cekidout!

Kura-kura menyesal kerana  terlanjur dengan percakapannya sebentar tadi.Namun,hati siapa yang tidak marah apabila orang lain mengutuk kekurangan  diri kita sendiri.Si kura-kura tidak boleh menarik balik kata-katanya  tadi.Dia harus bertanggungjawab.Fikir punya fikir,tiba-tiba dia teringat  pada seorang member lama dia.Mungkin membernya boleh membantu.

Kura-kura   :Doraemon!
Doraemon  :Hey,Kura-kura!Baru hari ni nampak batang hidung  kau.Ni tak lain nak mintak tolongla tu.
Kura-kura   :Yelah,kalau bukan sebab nak mintak tolong,aku tak kan jumpa ko la.
Doraemon  :Haa,tau dah.Aku memang jadi kawan waktu kau susah je.
Kura-kura   :Weh,jangan tacing weh.Aku serius ada masalah besar ni.
Doraemon  :Yela,apa masalahnya?
Kura-kura   :Aku dah tercabar si arnab tu untuk berlumba dengan dia minggu depan.Aku terlepas cakap la.Aku bengang                      betul dengan dia,bongkak sangat.
Doraemon  :La,yeke.Abis ko nak  aku tolong apa?
Kura-kura  :Aku nak kau jadikan si arnab tu,lagi lembab dari aku.Aku nak dia rasa apa yang aku rasa.
Doraemon :Bagus jugak idea kau ni ek.Jap,jap..”Gula-gula lembab”.Sebelum kau mulakan                                                                    perlumbaan,kau bagi dia makan gula-gula ni.Nanti dia akan jadi lebih lembab dari kau.Ok?Cekidout!

    Pada hari yang ditetapkan,banyak haiwan rimba yang turun  menyaksikan  perlumbaan dan memberi sokongan kepada peminat masing-masing.Sebelum pertandingan dimulakan,Kura-kura terlebih dahulu memberi  gula-gula lembab tersebut kepada Arnab.Arnab menerima nya dengan nada bongkak dan  pandangan yang menjengkilkan.Gorilla dipilih untuk menjadi  pengadil bagi perlumbaan tersebut.Sebelum pertandingan dimulakan,Gorilla memberi  briefing kepada kedua-dua peserta.Setelah itu,mereka pun mengambil tempat  ke garisan permulaan.

Gorilla :Ok,sedia Arnab dan Kura-kura?1,2,pritttttt !!!!!!!

Arnab berlari sekuat hatinya dan meninggalkan kura-kura.Dia yakin bahawa dialah yang bakal menjuarai perlumbaan ini.Namun sebentar kemudian,kura-kura memotong.

Kura-kura :Hello bro! Lu rasa lu lari laju sangat ke ha?Haha..

Arnab yang sedang fokus berlari,memalingkan muka ketepi.

Arnab :Haa??.Macam mana Kura-kura boleh potong aku secepat ini.Biar betul.Aku mimpi ke?

Kura-kura tegelak-gelak sambil mengekori Arnab.Dia kemudian mengusik sahabatnya.

Kura-kura  : Bro,apsal lu diam?Jawab la bro.Haha..
Arnab        :Woi,apsal kau laju sangat ni?Apsal aku lembab sangat ni?Arghh..Kenapa dengan aku  ni?

Sekalian rimba juga  berasa hairan.Mengapakah Si Arnab lari begitu lembab?Apakah yang berlaku sebenarnya?Si Kura-kura kemudiannya menghampiri Si Arnab dan berkata sesuatu.

Kura-kura : Kau jangan ingat kau sorang je boleh menang.Langit tidak selalunya cerah.Hidup ini ibarat roda.Kadang-kala kita berada diatas,kadang kala kita berada  dibawah.Allah maha adil.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang kau ada,bila-bila pun DIA akan tarik.Sebab tu la,kita sebagai hamba-NYA,tak boleh bongkak dan takbur.Kau ingat tu?

    Lalu si Kura-kura pun berlalu meninggalkan Arnab dan menuju kegarisan penamat.Sekalian rimba bersorak gembira diatas kemenangan  Si Kura-kura.Sehari selepas itu,barulah Arnab tiba kegarisan penamat.Arnab begitu kecewa dan menyesal dengan perbuatannya selama ini.

P/S :  Oleh itu,hindarilah sikap takbur dan riak kerana  NIKMAT itu milik Allah,dan DIA berhak mengambilnya semula.



Friday 2 March 2012

Aku dan GPS celaka


Gambar sekadar hiasan


   Aku teringat pertemuan aku dengan Zarep petang tadi.Dia bagitahu aku yang dia bakal melangsungkan perkahwinannya Sabtu ini.Zarep ni kawan baik aku satu universiti dulu.Hensem orangnya,mirip pelakon Fizo Omar.Dia merayu-rayu suruh aku datang kemajlis pekahwinannya di Gopeng,Perak.Aku bukannya tak nak pegi,tapi maklumlah,aku ni orang Johor.Tak pernah la pulak sampai ke Perak.Paling jauh pun Kuala Lumpur.

Zarep  :Weh,ko jangan lupa datang.Senang je jalan umah aku.Haa,ko ada iPhone kan?Malam ni aku send IPA  untuk                    GPS.Nanti ko download kat skype,ok?Pakai je GPS,confirm sampai  umah aku punya.
Acai   : Hmm,aku bukan tak nak datang.Aku takut sesatla.
Zarep :Haish,kan aku da cakap,ko takkan sesat punya.Belum ade lagi keturunan aku yang sesat pakai GPS.Nenek aku                  pun lepas gi KL taw.
Acai   :Ko ni memandai  je kan.Hebatla sangat nenek ko tu.
Zarep :Hey,aku gurau jela.Datang taw.Malam ni jangan lupa install GPS.

     Berat betul hati aku.Bukannya dekat  Johor-Perak tu.Bontot aku pun boleh bisul drive sorang-sorang.Huh,takpelah,friend is always right kan.Aku pun download masuk GPS yang Zarep kirim tadi.Then,aku pun set masuk alamat rumah pengantin yang Zarep bagi tadi.Senang sikit keje aku Sabtu ni.
    
  Dan,masa yang ditunggu telah tiba.Pukul 7.00 pagi lagi,aku dah drive kereta.Mula-mula aku tak pakai GPS sebab Zarep cakap ikut highway dulu,then baru masuk Exit Gopeng.Aku pun follow.Then waktu lepas toll,aku pun pasang GPS aku.

GPS  :Re routing…After 200m keep left.
Aku  :Owh,ikut kanan.
GPS  :Keep left.Please follow the route for 7.5km.

Aku pun memandu Avanza aku melalui jalan lama untuk 7.5 km.Kemudian,aku hampir sampai ke traffic light.GPS mengingatkan.

GPS :After 200 m,turn right.
GPS :Turn right.
GPS :Turn right.
Aku  :Heyy,aku tau la turn right.Tak payahla reminds banyak kali.Kan tengah traffic light ni??
GPS :Owh,sorry bro.I dunno there is traffic light in front.Please forgive me.

Aku :Haa,biar betul GPS si Zarep ni.Mana dia faham aku ni??Huh..takpe,takpe..kita test lagi.

GPS :After 200m,turn left  and go along A10.
Aku :What?I can’t understand you.
GPS : After 200m,turn left  and go along A10.
Aku :What?Again please.
GPS : After 200m,turn left  and go along A10 laa bahalol.Pekak badak.

Huh,aku bukan mimpi ni.GPS Si Zarep ni ada saka ni aku rasa.Takpe,takpe.Aku nak test  lagi.Lalu aku pun dapat idea.Apa akan jadi kalau aku tak nak ikut arahan si GPS ni?Hmm..

GPS :After 400m turn right.
GPS :After 200m turn right.
GPS :Turn right.

Aku sengaja turn left.Tengok apa dia nak bahan aku balik.

GPS :Oi,turn right la.Ko tak tau left right ke?bodoh!
Aku :Ko la bodoh.Aku plak.Ko pandai sangat kan?Ha,re route la balik jalan aku.

Si GPS terdiam.Dia pun re route balik jalan untuk aku.

GPS :Please follow the route for another 400m.
Aku :Hahahaha..sengal punya GPS.Suka aku dapat bahan ko balik.
GPS :After  400m,you find your own way.Huh..
Aku :Waa,GPS ni pandai merajuk dah sekarang.Memang sah,GPS Zarep ada saka.Hahaha..Are you angry?Do you want to           eat Mac D?
GPS : Mac D?After 100m,turn right,then make u-turn and go along A5.Then,we will reach MacD Gopeng.
Aku :Hamboi..Bab makan,laju je kan.

GPS tunduk tanda merajuk.Aku pun abaikan dia.Aku terus ikut jalan lain.Tiba-tiba,

GPS :After 200m,you will reach your destination.
Aku :Haa,nak sampai dah?Bia betul.Senang je nak jumpa jalannya.
GPS :Destination is in your right.
Aku :Right?Woi,right aku kubur la wei.
GPS :Hahaha..pegi mampos la ko.
Aku :Kurang ajar punya GPS.

Aku pun mengambil Iphone aku yang tegantung dekat tepi tingkap dan terus buang keatas jalan.

Aku :Saka punya GPS..Fak fak fak

Tiba-tiba aku terasa ada orang tampar aku.Sakit giler.

Mak  :Oi,ape ko ni fak fak fak.Sape fak?
Aku  :Haa???mimpi??