Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday 15 May 2012

Perosak Bahasa #01



Ayam terlepas,tangan bau tahi


Maksud : Ayam yang lari setelah berak di tangan Haji Darbi. Ayam tersebut gelabah sotong  apabila diberitahu bahawa dia akan ditangkap dan  dijadikan rendang buat juadah tengahari nanti.

Bagai ayam kena tungau


Maksud : Sekumpulan tungau telah menyerang seekor ayam kerana disyaki si ayam telah menghancurkan hati seekor cikaro tungau,apabila dia menolak cinta cikaro tersebut.

Bagai ayam naik ke surau


Maksud : Seekor ayam yang dahulunya kaki botol,kaki judi,kaki perempuan ,kaki pukul dan kaki bangku  telah  bertaubat dan kembali ke jalan yang benar dengan menghadirkan diri kesurau.Beliau juga banyak  mendengar ceramah-ceramah agama terutamanya ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Bagai kera kena belacan


Maksud : Seekor kera sial telah dibaling belacan oleh sekumpulan budak kerana pada waktu itu hanya ada kampit belacan sahaja di rumah mereka.

Bagai mengajar itik berenang


Maksud : Seorang perenang negara menunjukkan kehebatannya berenang kepada semua penduduk termasuklah itik-itik di kampungnya.Beliau menganggap hanya beliau sahaja yang tahu berenang didunia ini.

Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga


Maksud : Seekor ayam dicarik-carik bulunya oleh Pak Dolah kerana Pak Dolah tidak dapat menerima hakikat bahawa artis-artis hot seperti Lisa Surihani,Scha dan Fasha Sandha telah berkahwin.

                       Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu mengembu


Maksud : Ali dan Abu dikurung oleh ibunya di kandang kambing dan lembu kerana gagal dalam peperiksaan.Maka setelah setahun dikurung,mereka lebih selesa hidup dengan binatang-binatang dikandang itu.



p/s : Harap maklum..Ini bukan maksud sebenar Peribahasa tersebut.Kalau nak tahu maksud,sila guna khidmat Encik Google la ye..

~sorry lukisan huduh~


49 comments:

Liyana Anuar said...

hehe..mmg perosak bahasa betullah~ :P

Myra Azraff said...

hahaha ! gambar,caption,semua lawak !!! sambil baca sambil lyn skrillex...haha..bagus sangat la tu..

lukisan tu klaka..xD..

✿INA AINAA✿ said...

hahaha.,..apepun, memang lawak..kelakar gile... dan sy perhatikan ade makne disebalik kate2 di ats ni..^.^

Sarah Mnasir said...

ini perlibahasa.. hahaha :D

aku HaniAsyira said...

macam ni pun boleh ka?? hahaha..

HeNRieTTa JoSe said...

ekekeke...peribahasa version nana...sweet jerks...

bebeldotsorang said...

Wakaka terbaik!...seksi tu! ahaha

Cik Puan Muda Umi said...

hahaha..lawak betoi..tambah2 yang kera kena belacan tu..hahaha

budak penjara said...

fuyyo..sakit mata ku tngok ayam seksi haha

aswadz said...

hehehe... senyum sorang2.

Abu Bagi said...

ooooo cakap abu dikurang dalam kandang Awas!!!! hahahahahahaha...

Nana said...

@Yana Libra :: eh,x la..mane ade.

@Myra Azraff ::ahaha..mende skrillex tu?

@ ✿Lady Ainaa ✿ :: ahaha..yeke..mmg saje nak bg lawak pun.

@aRa ❤ aFiq™ ::x de niat pun nk perli sape2..huhu

@aku HaniAsyira :: bolehlaaa..he3

Nana said...

@HeNRieTTa JoSe ::Nana mmg sweet pun..he3

@bebeldotsorang ::Eekekeke

@ Cik Puan Muda Umi :;yeke?haha..tula..rase tu yg paling lawak..

@budak penjara ::haha..sengal la hang ni.

@ aswadz :: senyumla senyum la

@ ABU ::opsss Abu..sorry..ingatkan xde blogger name Abu yg nak komen kat sini..haha..

kura said...

bagai ayam naik ke surau. amboih! hahha

Ardini Izzati said...

Haha. Gempaklaa entri ni! Siryes dinie gelak kuat gila! :)

syafiqa said...

haha terbaik noks.
pandai kau lukis

Unknown said...

Lawak. haha, Pandainya lukis :D hehe

Anonymous said...

Macam mana pulak dengan peribahasa berbunyi "sepandai-pandai Nana melompat, akhirnya lompat bintang tetap failed juga". Eh? >.<

eidah mazidah said...

Hahahhaha BM kompem A++ kan3 ? Hahaha cumey! ;)

RIZZNA said...

Lawak btul.,eh. Tp bgaikn aym masuk surau tk penah dengar plak

Zaza Iman said...

haha, kelakar la.. =)

Bobo said...

haha ayam garu ketiak? hehe

hamzah ian said...

hahahaha!!

CikTeddyCorner said...

ahaha..parah dah otak nana :P

Zul De Alexis said...

kah kah kah..x kira nak pakai maksud nie gak..nnt kalau cikgu marah ckp awk yg ajar...hehe

Zehan Ilyana said...

hahaha.. xD

Solihin Zubir said...

huh! BM UPSR dlu mesti A ni.. ;-p

Eera Shera said...

haha sengal je..dah la byk ayam..igt peribahasa ayam td

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg rosak dah ni..haha

Iza said...

Salam ziarah dari Teratak Usang..

Nana said...

@kura :: eh,ayam boleh naik surau what!

@ Ardini Izzati :: hoho..yeke..gud2..

@syafiqakarim ::biase2 je..thanks ;)

@ Sally Yatiey ::biase2 je..x profesional sgtla melukis..hehe

@Miziey :: eh,nana lompat bintang hebat tau..

Nana said...

@ eenie minniey:: ahaha..kompem la bkn A..Bahasa mengarut2.. ;)

@Cinta Misteri ::ohh,kalau google,bagai ayam naik kesurau tu,maksud dia "Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa."

@Zaza Ridzlan ::yekk..thankss

@ Bobo ::kalau ayam garu ketiak maksu dia,orang yang dah lama xmandi,pastu gatal2.haha

Nana said...

@hamzah ian ::eh,hamzah ian..haii

@O CIKTEDDY ::ngahaha...jgn bawak saya ke tg rambutan plak..huhu

@SelendangMerah::hyepppp..jangan..xpasal2 kena marah ngan cikgu nanti..haha

@Teenager Housemaid :: xD

Nana said...

@Solihin Zubir ::Hyepp..perli ke ni?haha

@Eera Shera ::haha..ni mmg peribahasa binatang punn..

@nuyui a.k.a miss YUI ::haha..rosak abes..

@ Iza Teratak Usang :: hai.. ;)

msredcheesecake said...

pewwittt ayam seksi... hhaaa....

Pondok Usang said...

woo.. cite ape ni..siap bertungau bagai..hehe.. Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)

si ngokngek said...

kahkahkah..masuk belog nana!!NANANANA

persoalannya tungau wujud diketiak ka..ek

cik jannah said...

hahaha. nagis a samad said baca.

littledolphin said...

HAHAHAHA

lawak je !


eh jap,tungau tu apa ye? hehe

Unknown said...

yg pasal ayam naik ke surau tu sumpah bengong! hahahah

光 HIKARI said...

Kelakar! wahahaha

Juliet_iRa~" said...

habis la kalau org yg xtau makna peribahasa tu amik makna y nana tulis ni..kekeke ;p

Pondok Usang said...

lama tak update..

Hanis MY said...

ahaha...lawak la pengsan baca entri ni...

Atiqah Wadiah said...

haha~tertipu rupa nye -.-'

cik jannah said...

hahaha. ayam ! *main lagu ayam, jalil hamid*

Mai said...

lol :)

Shawn Razaleigh said...

hahahha. nice one! klakar

carik bulu ayam tu, 1 jelah bulu ayam yg dicarik.

Unknown said...

Тут по ссылке:) проститутки Москва индивидуалки дешево. Бесстыжая развратница желает познакомиться в непринужденной и тихой обстановке с достойным и щедрым мужчиной. Я обожаю удивлять своих мужчин в постели, и ты не станешь исключением. Есть симпатичная подруга.