Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday 28 February 2012

Member tikam dari belakang



Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum,
      Eh,straight to the point la ye.Tak pandai intro.Korang pernah rasa ditikam dari belakang tak?Tak pernah ek?Tak tahu macam mana sakitnya kan?Aku pernah kena tikam dari belakang.Nak tengok parut tak?Eh,lelaki tak boleh tengok,girl sahaja.Okey,serius aku tipu.Sakit kena tikam dari belakang ni bukan sakit kat anggota badan.Ye dak?Bila ditikam,hati ni yang sakit teramat-amat sangat.

       Kepada sesiapa yang blur atau tak faham apa tu tikam dari belakang,maksudnya kita  dipergunakan/dikutuk secara diam  oleh orang lain especially orang yang dekat dan rapat dengan kita.Yelah,kena tikam dari belakang,siapa je yang sedar ye dak.”Hey Nana,why I must read this entry?”

     Eh,relax-relax.Kenapa ek?Korang jangan ingat BFF a.k.a Best Friend Forever korang  tu baik sepanjang masa.Serius aku tak tipu.Kadang-kadang kawan yang pernah kita sayang,kita sanjung,kita timang tinggi-tinggi  tu lah yang sanggup tikam kita dari belakang.”Contohnya?” Contohnya,kita punyalah cakap yang baik-baik sahaja tentang BFF kita pada member lain.Tapi,apa yang BFF kita buat,dia menjaja segala perangai buruk kita kat member lain.You see?Patut tak?Dalam situasi ditikam ini,apa korang akan buat?Adakah korang akan terus buang BFF korang jauh-jauh,atau cuba sedaya upaya nak baiki kelemahan diri masing-masing.Ataupun ada yang berkata,”Tapi,dia member sehidup semati saya,takpelah,mungkin itu  salah saya.”Serius,siapa yang cakap tu memang mintak ditikam dua kali.

    Aku ni dah banyak kali tertikam oleh member baik sendiri.Kadang-kadang dia mintak tolong,aku tolong.Then,bila nak mintak tolong dia balik,beribu-beriban alasan tak munasabah dia bagi.Dan aku rasa bodohnya aku pergi  tolong dia ari tu.Bila ada masalah,dia cari aku balik.”Eh,itu dikira ditikam jugak ke?”Entah.Korang rasa?

     Aku tak nafikan,kawan  ni dicipta untuk saling-bantu membantu.Tapi,kenapa mesti wujud kawan yang tikam dari belakang?Dan mengapa mesti kita menjadi mangsa?”Sebab kita bukan pelakon utama?”Eh,tetiba.Apa pun,apa pendapat korang tentang member tikam dari belakang ni?Cuba share.Aku suka dengar dan aku  appreciate pendapat orang lain.


Sunday 26 February 2012

Ragam Fesbuk 1


Di suatu petang...






Korang rasa apa jadi dekat cikgu disiplin?Jawab tidak lebih dari 10 patah perkataan.

Monday 20 February 2012

Blog Aku Kena Hack


Assalamualaikum..

    Mesti korang pernah blogwalking dekat satu blog ni, (One Stop's Blog) kan.Tu blog aku la.huhu.Habis tu kenapa?Sebab,blog aku di hack,so kena design blog baru.Arghhh,tak suka-tak suka.Macam mana boleh kena hack?
    Korang ingat tak malam  Sabtu ari  tu (masa aku tengah layan cerita Ijam Non Yankee),aku ada post satu entri  dekat Kelab Blogger.Aku mintak link korang untuk aku follow,ingat tak?Dan time tu ada sorang mamat ni hantar link/spam dekat post tu.Tengok betul-betul nama dia.


Aku rasa dia ada post dekat korang jugak kot.So,aku ingat dia memang  serius nak tolong . Korang tahu kan,blog memang tak ada security.So,bila aku tekan link tu,dia kua sebijik sejibon macam waktu kena register email address dan password.Aku pun masukkan la,password aku.



So naive aku ni.Dua tiga hari ok lagi,lepas tu tiba-tiba aku tak boleh masuk langsung blog aku.Dia kuar benda ni:



Arghh..STRESS!! Yang aku geramnya,ayat dia tu ha.”You have been hacked,why so serious”?Dah la sekali dengan lagu “mother fucker” bagai,mana aku tak hangin.Kalau korang tak percaya klik SINI.Lepas dari tu,aku memang tak boleh langsung  nak update entri kat blog aku dah.



Nampak kan?Bila dia tahu password kita,dia boleh wat macam-macam.Nampak kan begitu pentingnya kita menjaga password.?Member aku ada cakap,bukan blog je boleh kena hack.Facebook pun boleh.Contohnya  macam ni.Haa,lebih kurang sama kan?




    Abang aku cakap,blog aku tu ade lagi Cuma dia dah tukar  alamat web lain.Kalau nak jugak,pergi mintak kat hackers tu balik.Tapi aku rasa,hackers tu tak kan lah nak layan aku.Biar jela dia tanggung dosa ye dak?So lepas ni kita semua kena hati-hati la.Kalau korang nampak link yang pelik-pelik tu,usahla klik atau gatal-gatal masukkan password.Lagi satu kalau korang perasan,hackers dalam kes ni dia guna ayat yang manis-manis,kononnya nak membantu sangat la kan.Rupa-rupanya,ada udang disebalik mee bandung.Puihh..

         Aku rasa ni jelah  sedikit info yang aku mampu share.Aku pun tak pndai bab hacker-menghacker ni.Aku cuma nak mintak tolong korang tinggalkan link blog korang  kat ruangan COMMENT ni.Nanti aku akan follow blog korang. Kesian la aku tak da follower lagi ni.Ngeh ngeh..



Thursday 16 February 2012

Kisah pocong

Gambar sekadar hiasan



      Pada masa tu,aku sedang kerja kat pejabat.Tiba-tiba Wafi datang kat bilik aku.Dia mengadu kat aku yang pakwe dia,Jadut,dah tinggalkan dia sebab dia dah ada perempun lain.Dia menangis teruk sampai nak banjir pejabat aku.Disebabkan aku malas nak upah mak cik cleaner,aku pun terus memeluk Wafi dengan niat untuk mententeramkannya.
        Tanpa aku sedari,kedua-dua bini aku,Izzah yang comel dan Mila yang kiut-miut tiba-tiba datang.Oh ya,hari ni Hari Jadi aku,macam mana boleh lupa.Menurut novel Ombak Rindu,Mila datang sebab nak bagi  jam tangan.Yelah,jam tangan yang Izzah bagi tu kan da buruk.Okey,fine.Mila memang marah gila-gila lah time tu.Dia sampai mencarut-carut kat Wafi.Aku pun tak faham carutan perempuan.Yang aku dengar,fak fak fak aje.Lepas tu Mila terus sepak pintu dan terus blah.Aku rasa satu bangunan tu bergegar.Wafi ikut Mila,mungkin nak terangkan perkara sebenar kot.
        Aku terus mendapatkan Izzah,bini dan  cinta pandang pertama aku.Aku cuba nak mintak maaf dengan dia.Aku nak beritahu Izzah perkara sebenar.Aku cuma nak tenangkan Wafi,tu aje.Namun,Izzah juga menunjukkan tanda protes.Dia terus  berlari dan mendapatkan keretanya,lalu terus memecut laju.Aku buntu,gelabah sebentar,lalu mendapat idea.Aku terus mendapatkan kereta aku dan mengejar kereta Izzah.Dalam kereta,aku cuba untuk kol  Izzah,tapi dia  tak angkat.Aku cuba banyak kali,namun gagal.Tak lama lepas tu,aku Nampak ada lori besar meluncur laju kearah aku.Aku tak dapat mengawal kereta lalu…….


Pocong 1 :aku pun eksiden,dan mati.
Pocong 2 :Fuhh,tragis betul cara ko mati.Memang cinta ko kuat pada Izzah la ye?
Pocong 1:Yelah,kami dah kahwin dua tahun.Tapi sebab mak aku tak restui,aku terpaksa rahsiakan pernikahan                                 kami.Eh,macam mana ko mati plak?
Pocong2:Aku waktu tu baru lepas blind date.Aku ingatkan perempuan tu boleh terima aku,sebab dalam facebook dia                   bukan main ayat aku lagi.Bila jumpa plak,dia terus reject aku.Mana aku tak angin.Aku taw la aku ni keje                           bawak lori je,tak hensem,boroi plak tu,manala perempuan cantik macam Nora Danish tu nak kat aku.
Pocong 1:Eh,abis.Kenapa dia boleh mengayat ko plak kalau dia taw ko  tu boroi?
Pocong 2:Dah aku letak DP aku gambar Aaron Aziz.Tak ke menggelabah  perempuan tu.
Pocong 1:Ye tak ye jugak.Lepas tu ape jadi?
Pocong 2:Aku pun bengang sangat lah.Aku terus naik lori aku,lepas tu aku pandu laju-laju.Aku  geram sangat kat                            perempuan tu,tu yang aku gi langgar kereta orang lain.Aku dah tak nak hidup dah.Biar aku mati.
Pocong 1:Eh,bodohla ko ni.Allah marah kalau kita bunuh diri.Haa,lagi satu.Kat mana ko eksiden ari tu?
Pocong 2:Kat  Bangsar,aku langgar kete  WHQ101.
Pocong 1:Bahalol.Tu kete aku la bangang!!Bodoh!
Pocong 2:Eh,Allah marahlah cakap bangang,bodoh..Tadi kata ajal..
Pocong 1:Arghh..Fak fak fak