Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday 15 May 2012

Perosak Bahasa #01



Ayam terlepas,tangan bau tahi


Maksud : Ayam yang lari setelah berak di tangan Haji Darbi. Ayam tersebut gelabah sotong  apabila diberitahu bahawa dia akan ditangkap dan  dijadikan rendang buat juadah tengahari nanti.

Bagai ayam kena tungau


Maksud : Sekumpulan tungau telah menyerang seekor ayam kerana disyaki si ayam telah menghancurkan hati seekor cikaro tungau,apabila dia menolak cinta cikaro tersebut.

Bagai ayam naik ke surau


Maksud : Seekor ayam yang dahulunya kaki botol,kaki judi,kaki perempuan ,kaki pukul dan kaki bangku  telah  bertaubat dan kembali ke jalan yang benar dengan menghadirkan diri kesurau.Beliau juga banyak  mendengar ceramah-ceramah agama terutamanya ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Bagai kera kena belacan


Maksud : Seekor kera sial telah dibaling belacan oleh sekumpulan budak kerana pada waktu itu hanya ada kampit belacan sahaja di rumah mereka.

Bagai mengajar itik berenang


Maksud : Seorang perenang negara menunjukkan kehebatannya berenang kepada semua penduduk termasuklah itik-itik di kampungnya.Beliau menganggap hanya beliau sahaja yang tahu berenang didunia ini.

Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga


Maksud : Seekor ayam dicarik-carik bulunya oleh Pak Dolah kerana Pak Dolah tidak dapat menerima hakikat bahawa artis-artis hot seperti Lisa Surihani,Scha dan Fasha Sandha telah berkahwin.

                       Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu mengembu


Maksud : Ali dan Abu dikurung oleh ibunya di kandang kambing dan lembu kerana gagal dalam peperiksaan.Maka setelah setahun dikurung,mereka lebih selesa hidup dengan binatang-binatang dikandang itu.



p/s : Harap maklum..Ini bukan maksud sebenar Peribahasa tersebut.Kalau nak tahu maksud,sila guna khidmat Encik Google la ye..

~sorry lukisan huduh~