Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Wednesday, 7 March 2012

Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

   
Gambar sekadar hiasan


      Di sebuah hutan rimba,tinggal pelbagai jenis haiwan liar dan ganas.Antaranya arnab,kura-kura,anjing,lembu,penguin dan dinosaur.Dalam banyak-banyak haiwan,arnab dan kura-kura adalah dua bangsa yang suka bergaduh.Pantang sahaja berjumpa,pasti mereka bergaduh.Hatta,hal ehwal politik pun boleh jadi tajuk perbalahan mereka.Nak dijadikan cerita,suatu hari mereka bertemu.

Arnab       :Weh,aku dengar  Lisa Surihani dah sah jadi suri rumah Yusry.Melepas la kau.Haha.Lagipun,kau bukan ada                        rupa sangat pun.Hodoh.
Kura-kura :Eh,bila masa pulak aku tergila-gila kan si Lisa tu?Awek aku mana aku nak letak ha?Aku sedar aku memang tak                    hensem pun tapi hati aku baik,suci,tak macam kau.Busuk bro!
Arnab       :Eh,ko tak payah nak ikut gaya Sheila Rusly la weh.Kau la busuk,lembab macam kura-kura!Orang pergi KL                          sejam je,kau dunia nak kiamat baru nak sampai.
Kura-kura :Yang kau sibuk sangat tu apsal?Aku pergi KL ada mintak duit kat kau ke?
Arnab       :Dasar lembab.Keturunan kau memang lembab.
Kura-kura :Kau cakap baik sikit ek.Jom kita berlumba.Aku nak tengok,siapa yang  lembab sebenarnya.
Arnab       :Baik,aku akan bagitahu semua warga rimba.Bila kau nak perlumbaan tu diadakan?
Kura-kura :Minggu depan.
Arnab       :Ok,set.Cekidout!

Kura-kura menyesal kerana  terlanjur dengan percakapannya sebentar tadi.Namun,hati siapa yang tidak marah apabila orang lain mengutuk kekurangan  diri kita sendiri.Si kura-kura tidak boleh menarik balik kata-katanya  tadi.Dia harus bertanggungjawab.Fikir punya fikir,tiba-tiba dia teringat  pada seorang member lama dia.Mungkin membernya boleh membantu.

Kura-kura   :Doraemon!
Doraemon  :Hey,Kura-kura!Baru hari ni nampak batang hidung  kau.Ni tak lain nak mintak tolongla tu.
Kura-kura   :Yelah,kalau bukan sebab nak mintak tolong,aku tak kan jumpa ko la.
Doraemon  :Haa,tau dah.Aku memang jadi kawan waktu kau susah je.
Kura-kura   :Weh,jangan tacing weh.Aku serius ada masalah besar ni.
Doraemon  :Yela,apa masalahnya?
Kura-kura   :Aku dah tercabar si arnab tu untuk berlumba dengan dia minggu depan.Aku terlepas cakap la.Aku bengang                      betul dengan dia,bongkak sangat.
Doraemon  :La,yeke.Abis ko nak  aku tolong apa?
Kura-kura  :Aku nak kau jadikan si arnab tu,lagi lembab dari aku.Aku nak dia rasa apa yang aku rasa.
Doraemon :Bagus jugak idea kau ni ek.Jap,jap..”Gula-gula lembab”.Sebelum kau mulakan                                                                    perlumbaan,kau bagi dia makan gula-gula ni.Nanti dia akan jadi lebih lembab dari kau.Ok?Cekidout!

    Pada hari yang ditetapkan,banyak haiwan rimba yang turun  menyaksikan  perlumbaan dan memberi sokongan kepada peminat masing-masing.Sebelum pertandingan dimulakan,Kura-kura terlebih dahulu memberi  gula-gula lembab tersebut kepada Arnab.Arnab menerima nya dengan nada bongkak dan  pandangan yang menjengkilkan.Gorilla dipilih untuk menjadi  pengadil bagi perlumbaan tersebut.Sebelum pertandingan dimulakan,Gorilla memberi  briefing kepada kedua-dua peserta.Setelah itu,mereka pun mengambil tempat  ke garisan permulaan.

Gorilla :Ok,sedia Arnab dan Kura-kura?1,2,pritttttt !!!!!!!

Arnab berlari sekuat hatinya dan meninggalkan kura-kura.Dia yakin bahawa dialah yang bakal menjuarai perlumbaan ini.Namun sebentar kemudian,kura-kura memotong.

Kura-kura :Hello bro! Lu rasa lu lari laju sangat ke ha?Haha..

Arnab yang sedang fokus berlari,memalingkan muka ketepi.

Arnab :Haa??.Macam mana Kura-kura boleh potong aku secepat ini.Biar betul.Aku mimpi ke?

Kura-kura tegelak-gelak sambil mengekori Arnab.Dia kemudian mengusik sahabatnya.

Kura-kura  : Bro,apsal lu diam?Jawab la bro.Haha..
Arnab        :Woi,apsal kau laju sangat ni?Apsal aku lembab sangat ni?Arghh..Kenapa dengan aku  ni?

Sekalian rimba juga  berasa hairan.Mengapakah Si Arnab lari begitu lembab?Apakah yang berlaku sebenarnya?Si Kura-kura kemudiannya menghampiri Si Arnab dan berkata sesuatu.

Kura-kura : Kau jangan ingat kau sorang je boleh menang.Langit tidak selalunya cerah.Hidup ini ibarat roda.Kadang-kala kita berada diatas,kadang kala kita berada  dibawah.Allah maha adil.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang kau ada,bila-bila pun DIA akan tarik.Sebab tu la,kita sebagai hamba-NYA,tak boleh bongkak dan takbur.Kau ingat tu?

    Lalu si Kura-kura pun berlalu meninggalkan Arnab dan menuju kegarisan penamat.Sekalian rimba bersorak gembira diatas kemenangan  Si Kura-kura.Sehari selepas itu,barulah Arnab tiba kegarisan penamat.Arnab begitu kecewa dan menyesal dengan perbuatannya selama ini.

P/S :  Oleh itu,hindarilah sikap takbur dan riak kerana  NIKMAT itu milik Allah,dan DIA berhak mengambilnya semula.



27 comments:

-Incek Fik- said...

Hahahaaa.. boleh pulak hikayat zaman melayu dedulu ada makhluk bernama doraemon..


boleh pulak dia hulur bantuan kat kura² tu ekk heheee... kesian nobita dianak-tirikan ngeehehee~


serius terhibur baca kisah ni, santai tapi ada mesej berguna di penghujungnya. saya suka! saya suka!

teruskan menulis seperti bahan berilmiah seperti ini :)

Nana said...

Incek Fik-Terima kasih sudi baca..hehe..insyaallah,saya akan teruskan menulis..thanksss

Ezad Skytech said...

berlagak sgt si arnab tu ye...kan da kalah..hee..

> mcm mana la boleh ada doraemon pulak tu ye ? hee~

Nana said...

Ezad Skytech-ish ish..kan da bgtaw,member baik kura-kura tuu..hee

Arina Shamsul said...

HAHAHA..tahniah dear kamu pandai olah cerita dulu bawa ke zaman moden.hehehe.doremon tuyang tak tahan tu..hahaha. kalau kura2 minta bantuan dragon ball kan lg best..main kuasa2 je..haahahaha.


btw..cerita ni ada pengajaran yang baik :)

i like it.

Atiqah Wadiah said...

hikhik..best lah citer ni..klu citer kat budak2 mesti best :)

Nana said...

Arina samsul-haha..bgus gak idea tu..tapi kalau goku lwn dgn arnab mcm x logik plak..bkn plumbaan namanya tuu...haha

Atiqah waqiah-tulaa..nk wat koleksi bnyk2.nnt boleh bg anak atiqah baca..ecece

..cik gugu.. said...

jgn sesekali merendahkan org laen ;)

CekbOlat-bOlat said...

jgn ingt kwn hnye wktu ssh shj.. =="

Nana said...

Ok..kita dpt 2 pengajaran dari cik gugu dan cek bolat...hehe

cik Kartun said...

knp tak mintak pintu suka hati kat dorem0n tu jep
-_-'

Nana said...

Cik kartun-hmm dah doraemjn bg gula2 lembab..tp pintu suka hati pun boley..tp cm pelik je sbb kura2 hilang mcm tu je kan.

O CIKTEDDY said...

wow! doraemon pon ade skali..huhu
pngajaran yg baik..keep it up!

aRa ❤ aFiq™ said...

hebat kura2 kawan ngn doremon.. hehe..
pgajaran yg baik.. mintak jauh dari sifat riak & takbur..

nadia arrumaisha said...

hahahah memang the story teller... kisah tauladan versi baru...... i like...

Nana said...

Thanks semua yg bg support..hehe

Cik Puan Muda Umi said...

teringat pulak buku sastera perlumbaan kedua masa skola dulu..hehehe..;)

Juliet_iRa~" said...

hee..mcm2 pengajaran dpt..:)

cerita kat anak murid ni msti teruja..heee

Nana said...

cik puan muda umi-tulaa...teringat cerita tu la,g olah lain sikit..

Juliet_Ira--cik ira ni cikgu bahasa melayu yerrr?hee

Anonymous said...

lol..boleh pulak kan ada doraemon..kreatif2..

~AmyLiana86~ said...

menarik..ehehhe..

bebeldotsorang said...

padan muka arnab hehe

Nana said...

Amyliana-heee

bebeldotsorang-ha'ah..padan muka kan..

myra azraff said...

haha..bagus2 selitkan camni..takde la rase bosan..kahkah:D

Nana said...

myra azraff-haha..bagusla kalau xbosan..hik hik

aswadz said...

dalam lawak2 ada moral nyer.

Nana said...

@aswadz ::Hehe..yupp