Debush debush..da 3 bulan tak update blog!Dasar pemalas! haha

Tuesday, 20 March 2012

Aku,Leha dan iPhone 4S Celaka




Gambar sekadar hiasan

Izzah :  Disinilah Izzah pernah cuba lari dari abang.Tapi disini jugalah abang pertama kalinya memberitahu Izzah yang abang sayangi Izzah.Ombak dan pantai inilah menjadi saksi.
Harris:  Esok abang dah nak kahwin dengan Mila.
Izzah :  Izzah tahu..Semoga semuanya berjalan lancar.
Harris : Abang akan tetap datang untuk Izzah.

“Tuhan tolong,lembutkan hati dia….Untuk terima ku seadanya,kerna ku tak sanggup,kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku..ooo”

Tet..button hijau ditekan..

Leha :  Haish,kacau betul la.Sape yang sibuk-sibuk kol ni?Tengah syok layan Ombak Rindu   ni.Haish..Eh,pakwe aku laa..adoyaii..Hello sayang!
Jeman:Sayang!kenapa lambat sangat angkat call ni?Ni mesti tak lain,tengah layan Ombak Rindu   lah tu.Haish,dah berapa kali dok ngulang tengok cerita tu.Sampai saya pun awak abaikan  kan?
Leha:  Haish,sayang ni.Kenapa emosi-emosi ni?Kira ok la tu,saya angkat call awak ni.Kalau ikutkan hati saya,saya tak nak angkat.Layan Ombak Rindu lagi baik.
Jeman:Ok,fine..Awak memang suka buat saya sakit hati kan?

Tut..tut..tut..(talian terputus)

Leha :Wadehel mamat ni letak tepon plak.Geram betul aku.

Kedebumm…

“Aduh,sakit betul aku kena lempar ke dinding.Leha,leha..Asal ko gaduh dengan balak ko je,aku yang menjadi mangsa keadaan.Ye,aku bukanlah handphone berjenama mahal macam iPhone,Blackberry,Samsung.Aku hanya handphone  Nokia 3310,yag bak kata orang,baling anjing pun anjing boleh die in action.Tapi,aku tak macam handphone lain.Ada button besar yang sangat sedap ditekan.Kalau ikutkan trend zaman sekarang,semua nak yang  touch screen aje.Setakat aku ni,apela sangat.Tapi,aku berbangga sebab aku dah berkhidmat untuk Leha selama 5 tahun.Aku bersyukur kerana mampu bernafas sehingga ke hari ini.”


Leha : Hah,omaigod! Abis handphone aku terburai.Masyaallah,sori2..
Aku  : Apa sori2,sori naik lori laa..

Malam tu,Jeman call Leha.Macam biasa,bila Leha merajuk,Jemanlah yang akan pujuk.Tapi,perbualan mereka malam tu wat aku agak sedih.

Leha :  Sayang,I ingat I nak beli handphone baru la.iPhone 4.Handphone ni best sangat2.Kita boleh bercakap dengan                  iphone ni sayang.
Jeman :Yelah,nanti asyik cakap dengan iPhone je,saya pun awak lupa nanti.
Leha   : Alaa sayang ni.Mana ada.
Jeman : Yela2,abang gurau je pun.Yang penting,nak beli iPhone tu jangan mintak duit kat abang.Abang pun tengah                   pokai sekarang ni.
Leha   :Ok sayang.Esok,teman saya pergi beli iPhone ek.Kat Green Town Mall,ok?
Jeman: Ok sayang.

Green Town Mall?Tu la  tempat dimana aku dipertemukan dengan Leha.Waktu tu,Leha baru tingkatan 3,baru merasa pegang duit sikit dan beli handphone.Setelah survey di semua  tempat,aku lah handphone yang paling murah.Leha pun membelek-belek aku.

Leha :  Berapa handphone ni?
Amoi : Satu ratus sahaja.Mau ka?
Leha :  Takda diskaun ka?
Amoi : Sembilan puluh ringgit,lu angkatlah.
Leha:  Sembilan puluh ringgit?Hmm,okay lah,saya angkat.

Waa,sedihnya rasa hati aku.Esok bila dia beli handphone baru,mana dia nak buang aku?Adakah dia akan beri pada Lisa,adik Leha yang paling bongsu?Tidak,aku tak mahu orang lain.Aku mahu Leha.Leha,oh Leha.

Jeman: Sayang,macam mana dengan handphone baling anjing sayang tu?Nak trade in ke?
Leha :  Trade in??Eh,tak mau la..Leha nak simpan.Lagipun Leha nak beli sim card baru.Maxis punya.Nanti senang nak call             mak.Mak selalu bising pasai Leha pakai celcom.Kan mahal.Dan sebenarnya,Leha sayang dengan handphone                       Leha.Ni handphone pertama Leha.

Ya allah,terharunya aku dengar.Air mataku berjujuran tanpa aku sedari.Terima kasih ya Allah.

Esoknya,Leha pulang dengan membawa goody bag terpampang besar-besar  iPhone 4.Ya,yang macam Leha cakap,memang smart pun handphone tu.Balik je,Leha  terus landing atas sofa sambil meng”touch2” handphone  barunya itu.Leha seronok betul sampai lupa akan aku.
Tiba-tiba,Leha meletakkan iPhone 4 betul-betul sebelah aku dan terus meluru ketandas.Sakit perut agaknya.

iPhone4 : Oi,handphone baling anjing..Hodoh betul ko ni ye.
Aku        : Ape oi oi..Bagila assalamualaikum dulu..kita kan handphone jenama islam.
iPhone4 :Bajet plak ko eh.Sekarang ni,Leha sayang aku sorang tau.Ko boleh blah dari hidup kitorang.
Aku       : Tak baik ko cakap macam tu.Leha masih perlukan aku.Waktu pagi,aku yang selalu gerakkan Leha bangun                          dengan bantuan alarm aku.Ko kena ingat pengorbanan aku.Ko tak boleh senang-senang nak buang aku dari                      hidup Leha.
iPhone4 :Alah,setakat alarm je.Aku ade Viber,Whatss up,facebook  application,skype,twitter,hah ape lagi.Aku pun da                 lupa.Banyak sangat.

Sebentar kemudian,Leha mencapai iPhone4 nya dan terus berlalu ke bilik.Dari jauh aku lihat iPhone4 menjulur lidah dan menunjukkan fuck.Masyaallah,inilah handphone zaman sekarang.Tidak kenal mana halal,mana haram.Aku menangis sendirian.Leha langsung tidak menghiraukan aku.

Pada petang esoknya,aku dibawa bersiar-siar ditaman oleh Leha.Tapi,yang tidak seronok nya si iPhone4 tu ikut sekali.Jeles betul aku.Fuck semalam masih tak luput dari ingatan aku.Harap-harap hari ni dia behave sikit.Aku dipegang oleh Leha sebab waktu tu dia tengah menghantar pesanan ringkas kepada teman baiknya,Bedah.Sambil berjalan,sambil dia bermesej.Sekejap-sekejap dia menyeluk poketnya dan mengambil iphone 4 nya.Aku diletakkan semula kedalam poket.Kemudian,apabila mesejnya di reply oleh Bedah,aku diambil semula.

Tiba-tiba,Leha ternampak Jeman,balaknya sedang bermesra dengan seorang perempuan.Apa lagi,Leha terus meluru kearah Jeman dan perempuan itu.Perempuan itu memang comel pun.Comel lagi dari Leha.


Leha :  Sayang!! Ape ni sayang?You menduakan I ye??
Jeman: Eh,Leha.Dengar dulu Leha.Dengar dulu.
Leha :  Ahh,semua dah jelas sekarang ni.You ada hubungan dengan perempuan ni.

Jeman memegang tangan Leha dan cuba menenangkannya.Leha meronta-ronta mahu melepaskan diri.Aku risau kerana aku berada ditangan Leha waktu tu.Ketika Leha kuat cuba melepaskan diri,aku terasa diriku melayang ke angkasa raya dan jatuh ke jalan tar.Dari jauh aku lihat,sebuah lori sedang  laju menghampiri aku.Dan semakin lama lori itu semakin hampir.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku cuba menjerit memanggil Leha,tapi Leha langsung tidak hiraukan kemana aku jatuh.Ya,lori memang semakin hampir.Betul-betul didepan aku.Kepada tuan yang sedang membaca ini,tolong beritahu Leha,AKU BETUL-BETUL  SAYANGKAN NYA.


46 comments:

H.S said...

hahaha

lawak gila cerita ni.mula-mulalah.

tapi bila sampai ending tragis gila. T_T

mengapakah endingnya begitu sedih sekali? ;( ohhh..

oh akan ku sayangi kau nokia n70 ku walaupun aku sudah ada n9. *tetiba*

aRa ❤ aFiq™ said...

aiyak jahat nye iphone4 tu..

Nana said...

H.S -->tulaa..henset kita pun ada hati an perasaan jugak kan..sygilah henpon kita..hee..

Ara afiq---> hah hah..tula pasal..jahat betul..lg jahat yg mereka cerita tuu..

Juliet_iRa~" said...

pttnya tajuknya 'Aku sebuah HP yang boleh dibaling kepada anjing' kekeke ;p

kemain lagi..tragiss sungguh ending nya..hee..kesian tak sempat lagi nak luahkan psaan kat leha..ngee

Nana said...

Juliet_iRa -->Aah la..patutnya gitu..hah hah..nak wat cane,bila ada henset baru,henset lama di anak tirikan..

EG said...

Mana gua nak cari Leha ni? hahahaha

Nana said...

EG---> Hahahaha...lawakla plak..

Miziey said...

Huaaaa~ gua menangis tanpa air mata lepas baca entri nih. Tsk..tsk..tsk.. T.T

Nana said...

@Miziey :kedekut air mata la ang ni..keluar la sikit..ngahaha

Hisham Mohamad said...

"cinta yang tidak kesampaian" kesian betul.......

Cik Jannah said...

hehe. sengal. erk, pakai 3310 la.

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduh..mcm2 laa..

Cik Puan Muda Umi said...

sian ending dia gitu..nk g beli nset 3310 jugak la..haha

Juliet_iRa~" said...

heee..biasala tu..siann hp lama kan..ngee

pss : aah pelekat..xreti eh nak buat sendiri..hee..ira tempah kat kedai..bkn tempah laa..pilih, tulis apa y nk ada kat pelekat tu then dia edit terus print..xsmpai 10min pon..:)

EJA said...

menarik.. dah follow..hope follow me back and comment http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/03/mungkinkah-jodoh-ku-disini.html

Nana said...

@Hisham Mohamad-->kesian kan..hehe

@cik jannah :err,knp nak pakai 3310 plak?

@nuyui a.k.a miss YUI :knp eh?ha3

@cik puan muda umi :wahh,kenapa semua pakat nak beli 3310 ni?hehe

@juliet_ira : tula pasai..cantik..ira wat kat mana?

@EJA :Dah terjah n folo balik..nice entri.

Yasmin Aris II said...

nak ketawa ke nak nanges eyh ?? huhu .


Entry baru :

http://yasminaris.blogspot.com/2012/03/only-one.html

Trime kasih ! ^ ^

nurul diana said...

hahahaha lawak btoii , x boleh blah

Anonymous said...

kesian dowh kat 3310..mati katak..

Anonymous said...

kesian 3310..xpasal2 mati katak..

Nana said...

@Yasmin Aris 11 :Dua2 boleh..ending tu wajib nangis.hee

@nurul diana : ;)

@Cik Anon :haha..2 la pasal..xpasal2..

MaYa MustWany said...

walewehhh nih wasiat dia terakhir ke?
hihihi..
kelakar2 de mesej baik.hargai barang2 anda.sekian..iklan khas dri 3310. mas nya hp2 lama smua mas simpan lgi w/p dh xleh guna.

TiraPengemis said...

ending sgt sadisss...sabo yer

HeNRieTTa JoSe said...

sedey la plak....sian 3310....menjadi mangsa keadaan....

Juliet_iRa~" said...

hee..ira buat kat mall tesco pchong..ada booth y jual benda ni..hee..nak buat ea?kat the curve pn ada rsnya..nana org mn ek?

heee..ira sll google je resepi..kalau nk try..amik resepi y ira dah listkan kat sidebar ira..y 'main masak2 dgn ira' tu..y tu insya-Allah mesti jd..sbb ira dah buat..hee :D

Nana said...

@Maya MustWany ::
Ha'ah..wasiat terakhir..sape dah baca kena tunaikan..ngahaha..

@Tira Pengemis ::
Haha..tula pasai..tacing je.

@HeNRieTTA JoSe ::
Hmm,nak wat cana kan..hee

@Juliet_iRA~ ::
Ooo...camtu ek..nnti nak g survey gak la..nana org slim river,perak..ira??

wahh,rajinnya ira..untungla sapa jadi suami ira kan..hari2 tukar menu..hee

O CIKTEDDY said...

wuuwuuuu..sedih btol hidup jadik henfon..haha

CekbOlat-bOlat said...

kuanja la jeman ni, leha ni gedik.. ishhh.. hahaa

Nana said...

@O CIK TEDDY ::Tu la..dalam kita tak sedar kan..

@cekbolat-bolat ::taw xpe..menyampah betul time aku mengarang citer ni..

Azmi Khan said...

rasa nak golak je......
haha....

Jahidih Saili said...

Salam.haha...kreatif hbs..

Juliet_iRa~" said...

oowhh so skg dok perak la ea?ira org puchong, selangor...heee..nt survey la..

alaa xla..br je nk blaja2..heee..kalo rajin suka la msk dapur..kalo x, x gak..heee :D

syafiqakarim said...

xnak nanges xnak nanges :p

O CIKTEDDY said...

lame x update?huhu

bebeldotsorang said...

leha abg sayangkan leha!..eh?ehehe lawak cerita ni :)

Myra Azraff said...

huahaha..klaka!pasni nak try la pulak sembang dgn phone..kot2 dia menjawab..haha

Nana said...

Kawan2..sory lama x update..very very very busy..huhu

-Incek Fik- said...

huh! suspen sungguh aku baca novel ni sampai buat muka gigih dan serius ni.. tapi malangya dah jadi arwah pulak dek digilis di bawah tayar lori. begitulah riwayat "saya sebijik telefon bimbit"



*tetibe teringat karangan bibliografi masa darjah enam dulu. serius nice.


**nak lagi entry macam ni. hasilkan lebih banyak yea!!

Solihin Zubir said...

"Leha.. Nokia 3310 ckp dia sygkan kau.."

ok, dah.. sekadar menyampaikan amanah.. hehe..

kelakar pulak baca walaupun sad ending.. kuang hajo betul kan henset zaman skrg.. apa nak jadi nihhh..

;-p

aswadz said...

hahaha... lawak ar. tp ending sdh lak.

Azham Vosovic said...

teringat karangan autobiografi yg aku tulis zaman sekolah dulu...kalaulah menarik mcm blog entry ni...mesti selalu dpt A subjek Bahasa Melayu dulu huhuhuh

Nana said...

@-Incek Fik- ::ahaha..suka saya bila semua org suka baca.

@solihin zubir ::terima kasih diatas amanah itu.. ;p

@aswadz ::sedih ek?nah tisu..hee

@Azham Vosovic ::Haha..mau diketok pala oleh cikgu,sbb ada scene yg kuang ajaq..hehe

msredcheesecake said...

Tatau la nak nangis ke atau nak ketawa baca citer ni...hhaaa

Nads Couture said...

saje blog walking..jumpa pula blog ni..nice blog..so i follow u :)

Alifz Rrenji said...

funny

Nana said...

@msredcheesecake:: haha..pe..nangis pun tak pe kak..

@Nads Couture :: tengs folo

@Alifz Rrenji :: hehe..kan?