Gambar sekadar hiasan
Sudah setahun Si Tanggang belayar di lautan meninggalkan ibunya,Mak Jemah.Tiada kiriman sms,surat mahupun panggilan telefon daripada Tanggang.Mak Jemah sangat rindukan anaknya.Setiap hari dia berdoa agar Tanggang segera pulang untuk bertemu dengannya.
Alhamdulillah,doa ibu Tanggang dimakbulkan Allah.Pada suatu hari,kecoh satu kampung mengatakan mereka nampak Si Tanggang dipelabuhan sedang menjalankan urusniaga.Si Tanggang juga datang bersama isterinya yang sangat jelita.Menurut mereka,Tanggang telah berkahwin dengan anak seorang saudagar kaya di Malawi.Berita ini sampai ke pengetahuan Mak Jemah.Mak Jemah berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat berjumpa dengan anaknya kembali.Tanpa membuang masa,Mak Jemah terus meluru ke laut sambil membawa makanan kegemaran Tanggang yang di masaknya pagi tadi.Sesampai di kapal Tanggang,mak jemah pun menyahut nama anaknya.
Mak Jemah :Tanggang,anak mak..My hero! Come to mama!Come to mama!Mak bawak lempeng ni nak.Faveret kamu.
Semua nakhoda-nakhoda kapal,orang-orang kampung,termasuk isteri Tanggang tercengang melihat reaksi Mak Jemah.Tanggang berasa sangat malu kerana mak nya memakai baju compang-camping,persis orang yang ingin meminta sedekah.
Isteri : You,siapa orang tua tu?Mak you ke?
Tanggang : No la sayang.I mana ada mak seselekeh itu.
Mak Jemah :Tanggang,kau buat apa kat situ?Mari lah turun.Mak rindu sangat kat ko ni.
Tanggang : Hey perempun tua.Kau bukan mak aku.Pergi dari sini.Pengemis!Orang tua tak sedar diri.
Mak Jemah :Haa?Kau panggil aku orang tua?Aku ni mak kau Tanggang.Aku yang besarkan kau.Sampai hati kau lupakan mak kandung kau Tanggang?
Tanggang :Ahh sudahlah orang tua.Aku datang sini bukan nak jumpa kau.Aku ada urusan kerja.Pergi balik la kau orang tua!Orang tua selekeh tak layak jadi mak aku.
Mak Jemah :Ya Allah,inikah balasan untuk aku ya Allah?Kenapa Tanggang lupakan aku ya Allah?Jika dia tak mengaku aku ni mak dia,kau sumpahlah dia jadi batu!
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang.Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora.Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal.Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.
Akhirnya dia berteriak kepada ibunya supaya diampunkan kesalahannya.Namun,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat.Apabila ribut reda,Si Tanggang,isteri dan anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Setelah itu,Mak Jemah berlalu meninggalkan Tanggang.
Tiba-tiba,Mak Jemah merasakan terdapat satu aura dan kelebihan pada dirinya.Dia mampu mengubah orang lain menjadi batu.Untuk mendapatkan kepastian,dia mencuba lagi.
Mak Jemah: Oi,ketua kampung,dulu kau pernah malukan aku depan orang ramai.Aku sumpah kau jadi batu.
Tett,maka ketua kampung tak semena-mena menjadi batu.
Kemudian,dia terserempak dengan Bedah gagap.
Mak Jemah: Oi bedah gagap.Aku benci orang gagap macam kau ni.Jadilah kau batu.
Tutt,bedah gagap pun menjadi batu.Maka kuranglah seorang gagap dalam kampung tu.
Mak Jemah menjadi suka menyumpah-nyumpah orang menjadi batu.Setelah disumpah,dia tergelak-gelak bagai orang gila.
Mak Jemah: Oi,Pak Rodi,ko pun dah nak mati.Meh aku tolong ko mati cepat.Jadilah kau batu!
Tak pasal-pasal Pak Rodi yang tengah makan breakfast tu menjadi batu.
Mak Jemah: Oi,Markonah.Dulu kau selalu mengumpat aku kan.Nah,aku sumpah kau jadi batu!
Markonah yang tak sempat bertaubat itu pun turut menjadi batu.
Kemudian,Mak Jemah terasa ingin mencuri emas dikedai Ah Leong.Dia pun menyumpah Ah Leong menjadi batu.
Mak Jemah: Jadilah kau batu Ah Leong!
Tetttt,Ah Leong terus menjadi keras macam batu.Lantas Mak Jemah mencuri kesemua emas dikedai itu.Ramai orang kampung yang dibenci Mak Jemah telah menjadi batu.Maka bertambahlah seven wonders didunia ini.(Tak percaya tengok National Geographic)
Penduduk-penduduk kampung yang tinggal itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kes itu kepada pihak polis.Maka segerombolan pihak polis pun datang untuk menangkap Mak Jemah.Namun,belum pun mereka sempat menangkap Mak Jemah,kesemua mereka telah disumpah menjadi batu.
Orang-orang kampung menjadi bingung.Maka,mereka pun memanggil Wak Sakawi,bomoh paling handal dikampung itu.Namun,belum pun sempat Wak Sakawi berbuat apa-apa,dia juga telah disumpah menjadi batu.
Dan aku pun tak tahu siapa-siapa yang boleh memberhentikan perbuatan jahat Mak Jemah ni.Aku harap lepas ni kita semua lebih berhati2.Jangan sesekali ditegur atau lalu sebelah Mak Jemah tu.Takut nanti kita pula yang disumpahnya menjadi batu.
59 comments:
hahaha.. sembuh terus demam takot buat2 manja t mak jemah benci kena sumpah jadi batu.. kejam oo mak jemah suka hati dia sumpah orgg
aku anggap aku ta penah bc story ni .. kekek tkt mak jemah sumpah aku plak ;)
Assalam...
Hai, dah singgah sini...
Di mana penamatnya ni? huhu...
berhati-hati dgn org yg brname jemah ye . HAHA
hahaha..power betul pulak mak jemah tu ye..dasatttt!!! haha
terenyum sorg2 Zam baca ni td.. hehe
lawak la dik
terenyum sorg2 Zam baca ni td.. hehe
lawak la dik
haha..donggeng semata2kan..hehe..
haha..aduh..sbr jelaa...
abis semua jadi batu...huhuhu....
sampai masuk national geographic tu.
haha lawak2 sampai sakit perut gelak sorang2... nice...
hahha. lawak ah XD
wow unik!
another side of the si tenggang's story heheheh
@ aRa ❤ aFiq™ ::Alhamdulilah,syukur da sembuh.
@..cik gugu.. ::jangan risau.Mak Jemah buta IT..Dia pun xtaw blog tu ape..ngahaha
@ Iza Teratak Usang ::Kak,saya pun xtaw dah sape yang boleh tolong hapuskan Mak Jemah ni.Kita hanya mampu berhati2 je..hehe
@Yasmin Aris II ::Yup,mak Jemah ni kalau nak kenal dia,rambut kerinting2,muka lebih kurang mak Limah dlm Hantu kak Limah balik kampung.
@ArinaShamsul::haha..ntah..tetibe boleh ada kuasa.
@Zamani ::Hehehe..senyum is sedekah,kan?
@ ~AmyLiana86~ ::Dongeng je kak.Kalau betul,bertambahlah tugu negara kat dunia ni..
@nuyui a.k.a miss YUI:: ;)
@HeNRieTTa JoSe ::hah hah..hati2..takut anda pula mangsa seterusnya.hehe
@ aswadz ::serius adaa..x caye?hee
@nasir hamzah ::tudia..sampai sakit2 perut..hah hah
@fatiniathirah :: ;)
@Azham Vosovic ::yup..tak pasal2 mak tanggang pulak yang celaka.
okayy . cerita nie lawak . haha . a twist to cerita dongeng tanggang . lol
hahhhaa adaptasi yang naissss =D
hahahahaha. harem punya mak jemah. gua sumpah lu jadi padang jarak padang tekukur!
hahaha.. lawak..
ahaha..lawak gile cerita ni !!
Cer la letak gamba mak jemah ni takut terserempak nanti... Habeh jadimbatu lak...hheee
hahah hidup lah mak jemah dengan membatu2kn orang.hahah
macam cel..ka punya cerita. buat sendiri ke nih? tak takut kena sumpah jadi batu dgn mak jemah ke? haha..
mak oi.. sequel si tanggang apa ni? hahaha.. pnh dgr sang gelembai tak? dlu2 org ckp kalau jmpe sang gelembai ni jgn tgur sbb nnti kalau die tgur kite, kite jadi batu.. mcm2 cite org jaman dulu.. tp tanggang ni mmg wujud kot.. kat indonesi tak silap akk.. Hee..
wakakakakaka !!
asyik lawak je , hahaha gud job
hak3
mak o mak.. udah2 lettew
wakaka..jahat punya mak jemah..
terbalik dah pulak!kejam XD
hahahaha woiiii
gila serius cite ni beb?
seram aku jumpa dia nati
@mirmashi94 ::hehe..tengkiuu
@ SAYA BUKAN SAMDOL ::hehe..thanks!
@Nurul Shaheedah ::amin2..harap2 sumpahan cik shaheedah ni berjaya..hee
@ejulz ::hehe..nice kan?
@Liza Razak ::haha..tengs sbb ketawa..
@msredcheesecake :: kak,Mak Jemah ade facebook.Tgk gambar dia kat situ..hehehe
@MaYa MustWany ::jaga2..takut kita plak jadi mangsa seterusnya.. ;)
@reza al-razi :: Ye,reka sendiri..hehe..takut jugak ni kena sumpah jadi batu..tu yang menyorok bawh katil ni..
@Liyana Zahim ::Kak,sang kelembai tu ade kuar kat tv kan..yang Yana Samsudin berlakon tu..yup2,cerita ni wujud.
@Hafiz Hafizi :: ('v')
@nurul diana :: haha..tak pandai la nak wat cerita serius..
@Imran nyambek :: ;)
@CekbOlat-bOlat ::Jangan tegor dia cik bolat..kang tak pasal2 jadi batu..hee
@Cik Puan Muda Umi ::2 la pasal..yg membuat cerita tu lagi jahat.
@ Myra Azraff ::Mak Jemah memang kejam.sorang jiran akak dh kena sumpah jadi batu.
@syafiqakarim ::cerita ini benar2 terjadi..ngahaha
hahahaha... lawak2..
http://ruangannazira.blogspot.com/
hahahah~xD
kehkehkeh... uii tak boleh buat jahat dgn mak jemah, karang kena sumpah jd batu! :P
hahahah
bengong lah mak jemah. nice2 :p follow teruih
kahkahkahkah...lawak gile..
Kejam!
haa ni mak jemah nak bgtau.bukan takat batu je mak jemah pun boleh sumpah org jadi vespa..hik3
mak jemah ni sakit jiwa kot XD
siapalah y kejam sgt mcm mak jemah tu kan..;p
bukan nana ke?ahha
hahaha,,, jahat giler mak jemah oiiiiii,,,, :'D
sorry lame ta datang sini,, mehehe
hahahah mak jemah jadik giler kuasa plak
Waaakakakaaaa... gelak guling-guling den baca entry kau ni. apekejadah perangai Mak Tanggang main sumpah-sumpah orang jadi batu ni..
Ishh.. buruh betul perangai.
kenapa tak disumpahnya jadi batu permata ker, batu cincin ker, ada la faedahnya sikit.
bedtime story ke nie? hehehe
serba slh nk komen ni.. takut jd batu haha..sblom mak jemah dtg, baik larik!!!
haha. mak jemah tak salah nakk .
@nazira :: yessss...haha
@Teenager Housemaid :: ngahahaha
@aiNa yaZiD :: hahaha..betul3
@Shawn Razaleigh ::tengs follow.
@Ym.Bundle ::hehehehe
@Nisa ::Mak Jemah mmg kejam!
@bebeldotsorang :: vespaa pun boleyyy
@O CIKTEDDY::Agakla kot..tekanan perasaan.
@Juliet_iRa~":: haha..xtaw xtaw
@ akuamir :: huhuhu..2 la..selalula jenguk blog ni..
@nadia arrumaisha ::agak la kan..kalah ultraman.
@ -Incek Fik- :: Aku rasa la,kalau disumpah jadi batu permata la kan,kompem orang lain mintak musuh mereka jadi batu permata.negara pun makin aya raya laa..
@ Eera Shera ::hahaha..insyaallah,kalau komen kat blog ni,xkan disumpah kot..pengomen2 sblm ni masih hidup lagi..haha
@ Cik Jannah :: ohh,Cik Jannah ni la mak jemah ye?larikkk
LOL
serius kelakar!
mak jemah,mak jemah... dah ada kelebihan,disalah gunakan la pulak. gila kuasa tul. hahaha
@H.S Wijaya ::Har har..
Kah..Kah..Kah.. Ini kelakar dan sgt takleh blah..
tak sangka cerita pasal tanggang sebelum ni sebenarnya ada fakta tersembunyi yg diputarbelitkan..
haha.. ;-p
sy harap mak jemah tak baca komen ni.. kang jd batu.. :D
hahaha..lagi sekali baca..lawak
Casinos with casino games - Dr.MCD
Welcome to Dr.MCD, the No 광주 출장마사지 Limit Online 양주 출장마사지 Casinos in Nevada. 평택 출장마사지 There are 경상북도 출장안마 dozens of 논산 출장샵 the casino games that are included with Dr.MCD.
Post a Comment