Assalamualaikum,
Wah,lama betul Cik Nana ni tak update blog kan.Bukan terlupa tetapi kekurangan masa untuk bermanja-manja dengan blog.Minta maaf pada mereka yang datang blog ni berkali-kali,tapi takda entri baru.”Maafkan saya” (ikut gaya Nabil).
Baiklah,untuk tidak menghampakan sesiapa,Nana nak cerita sikitlah pengalaman Nana menjadi fasilitator untuk program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam,USM.Program ini berlangsung pada 20-22 April 2012 di asrama SMK King Edward VII,Taiping.Untuk pengetahuan korang,sekolah ni majoritinya adalah pelajar lelaki,kecuali Form 6 ada beberapa orang sahaja pelajar perempuan.Kitorang tinggal kat asrama bersama-sama adik-adik ni.Huhu,terasa macam kembali ke alam persekolahan pula.
Teringat dulu-dulu masa Darjah 6,Nana ada jugak join program macam ni.Tapi abang-abang dan kakak-kakak fasi tu dari UTM.Memang tersangatlah enjoy bila fasi-fasi tu buat program.Buat group lepas tu satu group dapat dua orang fasi.Lepas tu,buat aktiviti dalam kumpulan.Lepas tu bersaing antara group lain untuk mendapat group terbaik.Lepas tu bila abang-abang dan kakak-kakak fasi nak balik UTM semula,ramai lah member-member Nana yang dok kesat air mata kan.Kononnya sedih sangat la tu kan.
Eh,melalut pulak kan."Maaafkan saya".Ok lah,Nana akan ceritakan pengalaman ni melalui gambar-gambar yang diambil sendiri oleh abang fotografi yang bertauliah a.k.a member sendiri.hehe..
Ni gambar sebelum ke SMK King Edward VII.Ada 13 orang fasi perempuan dan 9 orang fasi lelaki.Nana yang paling tepi,pakai baju kurung kaler purple.
Then,kami pun sampai kat asrama SMK King Edward ni.Asrama dorang dekat jugak dengan Taiping Sentral.Oh,gambar ini waktu pendaftaran pelajar-pelajar.Waktu ni,mereka nampak tak berminat langsung nak join aktiviti kitorang ni.Mungkin diorang rasa program ni banyak ceramah kot.Biasalah,pelajar kan tak suka ceramah.
Lepas je majlis perasmian berakhir,cikgu sekolah tu pun menyerahkan tanggungjawab kepada kami untuk berprogram bersama adik-adik selama 3 hari.Mula-mula,fasi-fasi memperkenalkan diri dan trade mark masing-masing kepada adik-adik.Lepas tu,bermula la sesi ice breaking.
Waktu ni,ketua fasi a.k.a Fazil mengetuai ice breaking.Banyak game seperti “kelopak jantung,seman kata,pizza hut,kapten kapal” dan macam-macam lagi game dimainkan.Waktu ni barulah nampak adik-adik ni seronok nak join.Bersemangat betul mereka.
Haa,siapa tahu game apa ni?"cuci deck" cuci deck".....
"selamatkan diri"...selamatkan diri"
Fasi-fasi berdemo: "Pizza hut,oh pizza hut,kentucky fried chicken pizza hut"
Lepas tu,sesi ice breaking untuk petang pun berakhir.Malam tu pulak ada pembahagian kumpulan.Jeng-jeng jeng,ni lah kumpulan Nana!Kumpulan "RED CATZ"
Malam tu jugak mereka diminta untuk mencipta nama kumpulan,logo dan cheer kumpulan sendiri.Time ni Nana tak tolong sangat pun bagi idea sebab Nana nak galakkan diorang ni berbincang sesama sendiri.By the way nama "Red Catz" tu nampak nice kan.Hehe..Eh,jom tengok logo-logo kumpulan lain jom.
Eh,ni logo kumpulan Nana la.Tengok bawah,tengok bawah.
"YT" stands for Young Tiger..(roarrrr)
Yang ni "Rough Tiger" pulak
Ni kumpulan "Cencalok"..har har har
"Ultra Tiger"..minat betul budak-budak ni dengan harimau kan?Dah 3 kumpulan ada "Tiger"
"Scorpion" a.k.a kala jengking menyengat
Lepas je cipta logo,kena pulak buat presentation.Ni bukan apa,nak menguji tahap keberanian adik-adik untuk berucap di khayalak ramai.Bukankah itu satu cabaran?
Yang adik sorang ni tutup mata kenapa eh?Mesti ada yang kelakar pasal logo ni kan?
End of day 1:
Masuk hari ke-2,pepagi lagi dah kena beriadah.Mula-mula stretching.
Lepas tu main game macam semalam,kapten kapal.."tarik sauh tarik sauh","tabik hormat",cuci deck,cuci deck" .Lepas tu main harga diri.Harga lelaki RM0.20,perempuan RM0.10.Bila ketua fasi cakap cukupkan RM1.50 contohnya,masing-masing kena cari geng untuk cukupkan RM1.50.Kalau ada sesiapa yang tak dapat partner atau tak cukup RM1.50,maka mereka tersingkir.har har..
Last sekali,cooling down.Jom melompat lebih tinggi..tinggi lagi!!
Hokay,habis je aktiviti riadah,kami pun bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya.Haa,haruslah bersiap kan,sebab majoriti kami tak mandi sebelum beriadah.yeewww...
Then,dalam pukul 9.00 pagi,LDK pun bermula.Kali ni,fasi sangat memainkan peranan sebab lepas je aktiviti LDK dijalankan,kami ditugaskan untuk menerangkan maksud tersirat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Contohnya macam aktiviti ni.Adik-adik ditugaskan untuk meniup belon sampai pecah.Maksud tersiratnya ialah,"Dalam kehidupan ini,kita selalu terbeban dengan masalah.Memang sukar untuk kita hadapi.Tetapi setelah kita berjaya mengatasi nya,kita akan rasa tersangat-sangat lega".Begitu juga belon,kita takut untuk tiup sebab kita tau ia akan meletup,dan sudah tentu rasa sakit.Tetapi setelah belon pecah,kita akan rasa lega.Hilang segala ketakutan itu."
Aktiviti LDK berakhir pada pukul 11.30 pagi.Aktiviti seterusnya ialah setiap kumpulan dikehendaki merekabentuk jambatan.Dengan hanya berbekalkan segulung lidi dan salotip,mereka perlu merekabentuk jambatan paling kukuh,berestetika dan kemas
Agak-agak la kan,kukuh tak jambatan kumpulan ni?Cuba tengok tiang dia.Kuat ke tak?
Ni la hasil jambatan adik-adik ni.Kalaulah tunjuk kat engineer,kompem rasanya design jambatan ni direject.Macam tak kukuh je kan?
Seterusnya,mereka disuruh pula untuk merekabentuk menara,bangunan atau monumen kumpulan sendiri.Mereka diberikan suratkhabar lama dan salotip dan masa yang diberikan hanya lebih kurang sejam je.Dan,jeng jeng jeng,inilah hasilnya:
Ni macam longgokan sampah je kan.Rileks2,monumen belum siap lagi kot..har har
Ni bukan pontianak ok..Ni monumen udang kumpulan cencalok.Kreatif tak?
Yang ni sangat simple monumen dia.Ia dinamakan nasi lemak bungkus gergasi.Eh,piramid laa...
Yang ni roket rasanya.Kreatif jugak adik-adik ni.
Rasanya monumen kumpulan Nana paling cute.Siap ada kepala kucing lagi.Cantik tak?
Ok,habis untuk program dalam dewan.Lepas tu,kitorang ada game yang sangat-sangat mencabar kat court tennis.Nak tahu apa?
Ingat tak monumen adik-adik yang kreatif tadi?Haa,petang tu mereka disuruh supaya mempertahankan monumen masing-masing daripada dibaling belon air oleh kumpulan lain dan pada masa yang sama mereka juga harus menyerang monumen kumpulan lain.
Sebelum ada antara kami yang syahid,baik bergambar dulu kan?hehe..
Kumpulan lain yang bersedia menyerang!
Then the battle begin..Tengok tu,susah gila Nana nak serang monumen mereka ni.Defend kuat kot!
Serius,adik-adik ni gembira betul.Biasalah game macam ni,budak lelaki memang suka.
Then,pic of the day!
Hehe..Ni gambar paling kiut kot.
Kumpulan 7 (Red Catz)
Then,aktiviti malamnya pula adalah ceramah dari lecturer kami sendiri,Dr Mohd Ashraf B Mohd Ismail,tentang hala tuju adik-adik lepas sekolah .Last sekali,ada "embun merintis",dimana kami cuba menyedarkan adik-adik tentang pentingnya berbakti kepada ibubapa,pentingnya belajar rajin-rajin dan sebagainya.Alhamdulillah,ada jugak adik-adik yang mengalirkan air mata,Moga-moga mereka sedar.
End of day 2:
Hari last ni adalah hari paling sedih bagi kami sebab kami akan berpisah.Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan mereka ni.Banyak betul kenangan bersama mereka.Tapi kan,"setiap pertemuan itu ada perpisahan",Nana redha.Sebelum balik,macam biasalah bertukar-tukar akaun facebook,mintak gambar di tag lah,mintak nombor telefon lah.Berbeza betul dengan zaman Nana dulu.Bila akak2 dan abang2 fasi nak balik,dapat amik no telefon dengan alamat universiti je.Gambar kenangan memang takdelah kan.
Dan sebelum balik,Nana terkejut sangat-sangat sebab dapat souvenier dari adik-adik kumpulan sendiri.Dapat dua tie sekolah King Edward.Terharu sangat-sangat walaupun Nana tak pernah pun tahu cara nak pakai tie.Dorang cakap "kalau akak tak tahu pakai,akak letak dalam frame jela".
Seriously,Nana tak kan lupakan adik-adik dan kenangan terindah ni.Semoga persahabatan ini diteruskan. Edwardian The Best!
Thanks adik-adik SMK King Edward VII sekalian.
Our memories will never dies.
Sincerely,
Kak nana
36 comments:
seronoknya haha saya tak pernah experience lagi jd fasi
wah best nye..ara dulu kt skola pun ada.. mmg ambik no abg2 n kakak2 fasi tpi skunk da ilang.. muahaha..
siap bg tie tu.. mmg thru lau dpt cmni.. :)
sronok kn jd fasi
bdk2 tu pn nmpk enjoy
@SAYA BUKAN SAMDOL :: betul..memang unforgettable moments la..rasa tk nak balik USM je ari tu..
@aRa ❤ aFiq™ ::kan?nana pun da hilang da no akak2 n abg2 fasi UTM..Agaknya skrg dorang dh kawin dah..
Ara,kalau Ara pun terharu,nana dua kali ganda terharu..
@Eera Shera :: seronok sangat2..betul..enjoy gila2..dorang siap nangis2 lagi time kitorang nak balik..
wah..bestnyer..mai sem lps pernah g program cm ni kt perak..
jd fasi utk bdk skolah rndah..mcm2 ragam...;)
kumpulan cencalok pun ada. hehehh
rindunya zaman muda remaja dulu...hehehe...
haah best la.
seronok kan main dgn budak2..dulu slalu jgk jd fasi tp dh final year ni,dh retired..hehe..btw,i'm from usm jgk :)
oh yeah,bestnya !! yay yay yay :D
harap2 adik2 tu bace entri ni..kehkeh
@Mysara Ab Rahman ::ohh,yeke..tapi Nana skolah menengah f1 smpai f6..kira kurg ragam sikitla..hehe
@ kura ::haa,2 la pasal..ade lagi name group lain..x ingat.
@HeNRieTTa JoSe ::awak da keje eh skrg?kan?miss the oldey..
@ Jo-Blogger ::kan,best kan?
@Atiqah Wadiah ::owhh..kan?pengalaman tu penting..hmm,usm mane eh?kos?
@Myra Azraff ::best giler2 Myra..rasa tak nak balik USM je..hmm,dorang wajib baca..siap bagi link lagi..hehe
wahh mmg seronok!heee
teringat zmn sekolah men ira dl...ngeee
btw kem mcm ni mmg seronok..ira br lepas habis buat kem ni kat sek..tp bdk sek ren x best mcm sek men ;p
nama pn bdk ag kan..ngeee
nampak beno happy nya.haha
Dah lama tak join aktvt cenggini... Jadi fasi pun xpenah...
@Juliet_iRa~" ::oh,yeke..lagi 1,ira cikgu kan..so,dorang hormat ira lebihla.yg nana ni dorg anggap mcm kakak sndiri..lgpun jumpa ari tu je..tu yg lain tu..
@syafiqakarim :: yup,semua nampak happy..
@ msredcheesecake :: Tu ar..masa kat universiti jela nak join aktiviti mcm ni..nnt da keje xsempat dah..hehe
bestnye jd fasi . huhuh tringin kot
Terbaik la sis, rajin giler jadi fasi. haha
wahaaa,, pizza hut o pizza hut.. kentucky fried chicken pizza hut..ade macdonal macdonald skali lah kan,, :O??
rajin giler jadi fasi..hepi je tgk budak2 tu,kreatip pulak tuh..:)
@nurul diana ::Diana kena tunggu masuk universiti dulu lah.
@EG ::memang impian nak jadi fasi pun..hee
@akuamir ::hah hah..yup ade..ni msti dh selalu join kem ni kan??
@Cik Puan Muda Umi ::bkn rajin,tapi memang teringin pun..nana suka kat budak2..
hmm,betul tu..dorang ni kreatif betul..
thanks singgah blog akak..akak shat dik..akhir bulan ni akak kawin..jept la dtg tganu..hehehee
sgt2 rindu nak wat aktivit camni time belajar dlu..huhu.
teringat zaman study dlu =)
@~AmyLiana86~ ::wahh,yeke..jauh la terengganu kak..xpelah,akak wat la entri pasal wedding akak,then tempek gambar banyak2..nnt saya baca..hehe
@ nuyui a.k.a miss YUI ::tulaa kan..da abis blaja xdpt dh nak merasa semua tuu..
@Zaza Ridzlan ::same with me! huhu
alahai, teringat waktu zaman2 skolah dlu :')
wah..mesti best kan =D
Oh my diorang sgt sweet!
sumpah sweet!
lepas ni Nan kena melawat diorang selalu hahahah
wahh. macam best jeer kak ^_^
@O CIKTEDDY :seriusss,best!haha..
@Azham Vosovic ::hehe..yeke mereka sweet..tulaa,nanti nk buat reunion la plak. kan..
@ Myra Arshad (:: best sgt2 myra..kalau ada peluang,join la..kenangan terindah..hu3
wahh best la kan jdi fesi..
bolat orientasi mmg game2 mcm tu mnjadi kunyahan.. hahahha.. ;)
ah! makes me remmeber about schooling times!
seyez best even tgk pic je.. huhu
bestnye! teringat zaman diploma dulu. selalu join jd fasi prog motivasi utk dak2 skolah :)
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Hacking assaults are the day bad dreams, individuals need to dodge however is it conceivable you can without much of a stretch dispose of hacking issues so effectively in your Gemini account? Hacking issues happen when you somebody takes the entrance from your record or your secret key more likely than not stolen. Under such situation, you are encouraged to get the most ideal arrangements from the group in the short-interim of time. The group here is dependably there to give every one of the cures which can be utilized to delete every one of your issues. Dial Gemini customer support number at 1-800-861-8259 which is all the time dynamic and clients can generally connect with them.
Gemini Number
Gemini Contact Number
Gemini Toll Free Number
Gemini Support Number
Gemini Phone Number
Gemini Helpline number
Gemini Support Phone number
Gemini Customer Support
Gemini Customer Service
Gemini Customer Service Number
Gemini Wallet phone Number
Post a Comment