Gambar sekadar hiasan
Di sebuah hutan rimba,tinggal pelbagai jenis haiwan liar dan ganas.Antaranya arnab,kura-kura,anjing,lembu,penguin dan dinosaur.Dalam banyak-banyak haiwan,arnab dan kura-kura adalah dua bangsa yang suka bergaduh.Pantang sahaja berjumpa,pasti mereka bergaduh.Hatta,hal ehwal politik pun boleh jadi tajuk perbalahan mereka.Nak dijadikan cerita,suatu hari mereka bertemu.
Arnab :Weh,aku dengar Lisa Surihani dah sah jadi suri rumah Yusry.Melepas la kau.Haha.Lagipun,kau bukan ada rupa sangat pun.Hodoh.
Kura-kura :Eh,bila masa pulak aku tergila-gila kan si Lisa tu?Awek aku mana aku nak letak ha?Aku sedar aku memang tak hensem pun tapi hati aku baik,suci,tak macam kau.Busuk bro!
Arnab :Eh,ko tak payah nak ikut gaya Sheila Rusly la weh.Kau la busuk,lembab macam kura-kura!Orang pergi KL sejam je,kau dunia nak kiamat baru nak sampai.
Kura-kura :Yang kau sibuk sangat tu apsal?Aku pergi KL ada mintak duit kat kau ke?
Arnab :Dasar lembab.Keturunan kau memang lembab.
Kura-kura :Kau cakap baik sikit ek.Jom kita berlumba.Aku nak tengok,siapa yang lembab sebenarnya.
Arnab :Baik,aku akan bagitahu semua warga rimba.Bila kau nak perlumbaan tu diadakan?
Kura-kura :Minggu depan.
Arnab :Ok,set.Cekidout!
Kura-kura menyesal kerana terlanjur dengan percakapannya sebentar tadi.Namun,hati siapa yang tidak marah apabila orang lain mengutuk kekurangan diri kita sendiri.Si kura-kura tidak boleh menarik balik kata-katanya tadi.Dia harus bertanggungjawab.Fikir punya fikir,tiba-tiba dia teringat pada seorang member lama dia.Mungkin membernya boleh membantu.
Kura-kura :Doraemon!
Doraemon :Hey,Kura-kura!Baru hari ni nampak batang hidung kau.Ni tak lain nak mintak tolongla tu.
Kura-kura :Yelah,kalau bukan sebab nak mintak tolong,aku tak kan jumpa ko la.
Doraemon :Haa,tau dah.Aku memang jadi kawan waktu kau susah je.
Kura-kura :Weh,jangan tacing weh.Aku serius ada masalah besar ni.
Doraemon :Yela,apa masalahnya?
Kura-kura :Aku dah tercabar si arnab tu untuk berlumba dengan dia minggu depan.Aku terlepas cakap la.Aku bengang betul dengan dia,bongkak sangat.
Doraemon :La,yeke.Abis ko nak aku tolong apa?
Kura-kura :Aku nak kau jadikan si arnab tu,lagi lembab dari aku.Aku nak dia rasa apa yang aku rasa.
Doraemon :Bagus jugak idea kau ni ek.Jap,jap..”Gula-gula lembab”.Sebelum kau mulakan perlumbaan,kau bagi dia makan gula-gula ni.Nanti dia akan jadi lebih lembab dari kau.Ok?Cekidout!
Pada hari yang ditetapkan,banyak haiwan rimba yang turun menyaksikan perlumbaan dan memberi sokongan kepada peminat masing-masing.Sebelum pertandingan dimulakan,Kura-kura terlebih dahulu memberi gula-gula lembab tersebut kepada Arnab.Arnab menerima nya dengan nada bongkak dan pandangan yang menjengkilkan.Gorilla dipilih untuk menjadi pengadil bagi perlumbaan tersebut.Sebelum pertandingan dimulakan,Gorilla memberi briefing kepada kedua-dua peserta.Setelah itu,mereka pun mengambil tempat ke garisan permulaan.
Gorilla :Ok,sedia Arnab dan Kura-kura?1,2,pritttttt !!!!!!!
Arnab berlari sekuat hatinya dan meninggalkan kura-kura.Dia yakin bahawa dialah yang bakal menjuarai perlumbaan ini.Namun sebentar kemudian,kura-kura memotong.
Kura-kura :Hello bro! Lu rasa lu lari laju sangat ke ha?Haha..
Arnab yang sedang fokus berlari,memalingkan muka ketepi.
Arnab :Haa??.Macam mana Kura-kura boleh potong aku secepat ini.Biar betul.Aku mimpi ke?
Kura-kura tegelak-gelak sambil mengekori Arnab.Dia kemudian mengusik sahabatnya.
Kura-kura : Bro,apsal lu diam?Jawab la bro.Haha..
Arnab :Woi,apsal kau laju sangat ni?Apsal aku lembab sangat ni?Arghh..Kenapa dengan aku ni?
Sekalian rimba juga berasa hairan.Mengapakah Si Arnab lari begitu lembab?Apakah yang berlaku sebenarnya?Si Kura-kura kemudiannya menghampiri Si Arnab dan berkata sesuatu.
Kura-kura : Kau jangan ingat kau sorang je boleh menang.Langit tidak selalunya cerah.Hidup ini ibarat roda.Kadang-kala kita berada diatas,kadang kala kita berada dibawah.Allah maha adil.Kalau Allah nak tarik balik nikmat yang kau ada,bila-bila pun DIA akan tarik.Sebab tu la,kita sebagai hamba-NYA,tak boleh bongkak dan takbur.Kau ingat tu?
Lalu si Kura-kura pun berlalu meninggalkan Arnab dan menuju kegarisan penamat.Sekalian rimba bersorak gembira diatas kemenangan Si Kura-kura.Sehari selepas itu,barulah Arnab tiba kegarisan penamat.Arnab begitu kecewa dan menyesal dengan perbuatannya selama ini.
P/S : Oleh itu,hindarilah sikap takbur dan riak kerana NIKMAT itu milik Allah,dan DIA berhak mengambilnya semula.








