Gambar sekadar hiasan
Izzah : Disinilah Izzah pernah cuba lari dari abang.Tapi disini jugalah abang pertama kalinya memberitahu Izzah yang abang sayangi Izzah.Ombak dan pantai inilah menjadi saksi.
Harris: Esok abang dah nak kahwin dengan Mila.
Izzah : Izzah tahu..Semoga semuanya berjalan lancar.
Harris : Abang akan tetap datang untuk Izzah.
“Tuhan tolong,lembutkan hati dia….Untuk terima ku seadanya,kerna ku tak sanggup,kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku..ooo”
Tet..button hijau ditekan..
Leha : Haish,kacau betul la.Sape yang sibuk-sibuk kol ni?Tengah syok layan Ombak Rindu ni.Haish..Eh,pakwe aku laa..adoyaii..Hello sayang!
Jeman:Sayang!kenapa lambat sangat angkat call ni?Ni mesti tak lain,tengah layan Ombak Rindu lah tu.Haish,dah berapa kali dok ngulang tengok cerita tu.Sampai saya pun awak abaikan kan?
Leha: Haish,sayang ni.Kenapa emosi-emosi ni?Kira ok la tu,saya angkat call awak ni.Kalau ikutkan hati saya,saya tak nak angkat.Layan Ombak Rindu lagi baik.
Jeman:Ok,fine..Awak memang suka buat saya sakit hati kan?
Tut..tut..tut..(talian terputus)
Leha :Wadehel mamat ni letak tepon plak.Geram betul aku.
Kedebumm…
“Aduh,sakit betul aku kena lempar ke dinding.Leha,leha..Asal ko gaduh dengan balak ko je,aku yang menjadi mangsa keadaan.Ye,aku bukanlah handphone berjenama mahal macam iPhone,Blackberry,Samsung.Aku hanya handphone Nokia 3310,yag bak kata orang,baling anjing pun anjing boleh die in action.Tapi,aku tak macam handphone lain.Ada button besar yang sangat sedap ditekan.Kalau ikutkan trend zaman sekarang,semua nak yang touch screen aje.Setakat aku ni,apela sangat.Tapi,aku berbangga sebab aku dah berkhidmat untuk Leha selama 5 tahun.Aku bersyukur kerana mampu bernafas sehingga ke hari ini.”
Leha : Hah,omaigod! Abis handphone aku terburai.Masyaallah,sori2..
Aku : Apa sori2,sori naik lori laa..
Malam tu,Jeman call Leha.Macam biasa,bila Leha merajuk,Jemanlah yang akan pujuk.Tapi,perbualan mereka malam tu wat aku agak sedih.
Leha : Sayang,I ingat I nak beli handphone baru la.iPhone 4.Handphone ni best sangat2.Kita boleh bercakap dengan iphone ni sayang.
Jeman :Yelah,nanti asyik cakap dengan iPhone je,saya pun awak lupa nanti.
Leha : Alaa sayang ni.Mana ada.
Jeman : Yela2,abang gurau je pun.Yang penting,nak beli iPhone tu jangan mintak duit kat abang.Abang pun tengah pokai sekarang ni.
Leha :Ok sayang.Esok,teman saya pergi beli iPhone ek.Kat Green Town Mall,ok?
Jeman: Ok sayang.
Green Town Mall?Tu la tempat dimana aku dipertemukan dengan Leha.Waktu tu,Leha baru tingkatan 3,baru merasa pegang duit sikit dan beli handphone.Setelah survey di semua tempat,aku lah handphone yang paling murah.Leha pun membelek-belek aku.
Leha : Berapa handphone ni?
Amoi : Satu ratus sahaja.Mau ka?
Leha : Takda diskaun ka?
Amoi : Sembilan puluh ringgit,lu angkatlah.
Leha: Sembilan puluh ringgit?Hmm,okay lah,saya angkat.
Waa,sedihnya rasa hati aku.Esok bila dia beli handphone baru,mana dia nak buang aku?Adakah dia akan beri pada Lisa,adik Leha yang paling bongsu?Tidak,aku tak mahu orang lain.Aku mahu Leha.Leha,oh Leha.
Jeman: Sayang,macam mana dengan handphone baling anjing sayang tu?Nak trade in ke?
Leha : Trade in??Eh,tak mau la..Leha nak simpan.Lagipun Leha nak beli sim card baru.Maxis punya.Nanti senang nak call mak.Mak selalu bising pasai Leha pakai celcom.Kan mahal.Dan sebenarnya,Leha sayang dengan handphone Leha.Ni handphone pertama Leha.
Ya allah,terharunya aku dengar.Air mataku berjujuran tanpa aku sedari.Terima kasih ya Allah.
Esoknya,Leha pulang dengan membawa goody bag terpampang besar-besar iPhone 4.Ya,yang macam Leha cakap,memang smart pun handphone tu.Balik je,Leha terus landing atas sofa sambil meng”touch2” handphone barunya itu.Leha seronok betul sampai lupa akan aku.
Tiba-tiba,Leha meletakkan iPhone 4 betul-betul sebelah aku dan terus meluru ketandas.Sakit perut agaknya.
iPhone4 : Oi,handphone baling anjing..Hodoh betul ko ni ye.
Aku : Ape oi oi..Bagila assalamualaikum dulu..kita kan handphone jenama islam.
iPhone4 :Bajet plak ko eh.Sekarang ni,Leha sayang aku sorang tau.Ko boleh blah dari hidup kitorang.
Aku : Tak baik ko cakap macam tu.Leha masih perlukan aku.Waktu pagi,aku yang selalu gerakkan Leha bangun dengan bantuan alarm aku.Ko kena ingat pengorbanan aku.Ko tak boleh senang-senang nak buang aku dari hidup Leha.
iPhone4 :Alah,setakat alarm je.Aku ade Viber,Whatss up,facebook application,skype,twitter,hah ape lagi.Aku pun da lupa.Banyak sangat.
Sebentar kemudian,Leha mencapai iPhone4 nya dan terus berlalu ke bilik.Dari jauh aku lihat iPhone4 menjulur lidah dan menunjukkan fuck.Masyaallah,inilah handphone zaman sekarang.Tidak kenal mana halal,mana haram.Aku menangis sendirian.Leha langsung tidak menghiraukan aku.
Pada petang esoknya,aku dibawa bersiar-siar ditaman oleh Leha.Tapi,yang tidak seronok nya si iPhone4 tu ikut sekali.Jeles betul aku.Fuck semalam masih tak luput dari ingatan aku.Harap-harap hari ni dia behave sikit.Aku dipegang oleh Leha sebab waktu tu dia tengah menghantar pesanan ringkas kepada teman baiknya,Bedah.Sambil berjalan,sambil dia bermesej.Sekejap-sekejap dia menyeluk poketnya dan mengambil iphone 4 nya.Aku diletakkan semula kedalam poket.Kemudian,apabila mesejnya di reply oleh Bedah,aku diambil semula.
Tiba-tiba,Leha ternampak Jeman,balaknya sedang bermesra dengan seorang perempuan.Apa lagi,Leha terus meluru kearah Jeman dan perempuan itu.Perempuan itu memang comel pun.Comel lagi dari Leha.
Leha : Sayang!! Ape ni sayang?You menduakan I ye??
Jeman: Eh,Leha.Dengar dulu Leha.Dengar dulu.
Leha : Ahh,semua dah jelas sekarang ni.You ada hubungan dengan perempuan ni.
Jeman memegang tangan Leha dan cuba menenangkannya.Leha meronta-ronta mahu melepaskan diri.Aku risau kerana aku berada ditangan Leha waktu tu.Ketika Leha kuat cuba melepaskan diri,aku terasa diriku melayang ke angkasa raya dan jatuh ke jalan tar.Dari jauh aku lihat,sebuah lori sedang laju menghampiri aku.Dan semakin lama lori itu semakin hampir.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku cuba menjerit memanggil Leha,tapi Leha langsung tidak hiraukan kemana aku jatuh.Ya,lori memang semakin hampir.Betul-betul didepan aku.Kepada tuan yang sedang membaca ini,tolong beritahu Leha,AKU BETUL-BETUL SAYANGKAN NYA.